PSM dan Latihan Ilmiah: Bab 3 bahagian instrument
Salam dan hi,
Cara penulisan dalam PSM atau Latihan Ilmiah adalah mudah jika pengkaji faham apa yang dikehendaki oleh setiap sub-tajuk.
Bab 3 bahagian instrumen kajian , biasanya sub-tajuk 3.4, hanya memerlukan pengkaji menerangkan dengan jelas isnstrumen yang digunakan .
Instrumen ini hendaklah mengukur apa yang hendak diukur , ia itu bertepatan dengan objektif kajian dan juga sekali gus dengan definisi operational pemboleh-pemboleh ubah kajian. Aspek atau dimensi /detail soal selidik itu pula dihuraikan dalam Bab 2.
Contoh penulisan 3.4 ia itu Instrumen kajian.
Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A:
Terangkan …..
Bahagian B:
Terangkan….
Bahagian C:
Terangkan …..
- Nyatakan juga sumber soal selidik dan juga pengkaji-pengkaji tempatan yang telah menggunakannya.
Semoga bermanfaat.