Banyak kajian telah membuktikan bahawa lelaki dan wanita mempunyai otak yang agak berbeza. Ini membuatkan lelaki dan wanita berbeza dalam cara mereka melaksanakan tugas-tugas harian atau tugas-tugas khusus seperti menjadi pemimpin.
Contoh di bawah ini boleh menjelaskan perbezaan antara cara lelaki ( Shamsul ) dan wanita (Liza).
Shamsul dan Liza adalah kawan baik dan mempunyai kerjaya masing-masing. Shamsul seorang usahawan yang bekerja sendiri dan mempunyai tiga perniagaan, yang setiap satu mempunyai risiko yang tinggi. Liza pula seorang perunding yang berjaya dan sering berjumpa Shamsul dalam mengendalikan konsultasinya.
Bill telefon Liza mencecah RM 300 setiap bulan manakala bill telefon Shamsul dalam RM 150 setiap bulan. Liza, dalam kesibukan kerjayanya memikirkan hal-hal klien, masih dapat dapat merancang untuk “get-together” keluarga luasnya pada tahun depan. Liza juga faham, jika Shamsul tidak dapat dihubungi, bermakna dia (Shamsul) tidak mahu diganggu kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaannya. Biasanya Shamsul menyelesaikan masalah dengan berfikir secara logikal dan lebih suka menyendiri. Liza pula mengambil kira “rasa” (gut feeling) dan pandangan rakan-rakan dan ahli keluarga apabila membuat keputusan.
Apabila ditanya mengenai sifat-sifat pasukan yang baik, Liza menceritakan tentang pentingnya sokong menyokong sesama ahli. Shamsul pula, membayangkan pasukan yang baik adalah seperti satu pasukan rugby yang berjaya menjulang sebuah piala.
Dalam kesibukannya Liza sering juga membawa masakannya dan makan bersama-sama Shamsul sambil berbincang hal-hal perniagaan dan klien. Bagi Liza, memasak nasi , satu lauk dan satu sayur itu boleh dibuat secara serentak. Shamsul bersyukur dapat menikmati masakan kawan baiknya dan masih hairan bagaimana Liza boleh memasak nasi, satu lauk dan satu sayur serentak dan cepat.
Diadaptasi dari dua sumber di bawah:
http://www.sciencemag.org/news/2017/04/study-finds-some-significant-differences-brains-men-and-women
Cook, L dan Rothwell, B. (2000) The X and Y of leadership. How men and women make a difference at work. London: The Industrial Society.
(a)Saya berpendapat, lelaki dan wanita sebenarnya mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Tidak adil sekiranya kita meletakkan sesuatu ukuran atau pencapaian semata-mata bagi membuktikan kehebatan jantina.
Hakikatnya, kehebatan wanita juga sukar ditandingi kerana bekerja serta menjaga keluarga bukanlah perkara yang mudah kerana wanita perlu mengimbangi emosi dan kepentingan diri. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, di Malaysia sebanyak 19.7% usahawan kecil dan
sederhana (SME) adalahdi dalam kalangan wanita (Utusan Online, 17/10/2017).
Ini membuktikan wanita juga boleh maju dan berdaya saing di dalam arus perniagaan dan mampu menjadi hebat setanding lelaki.
(b) Apabila isu berkenaan kehebatan seseorang lelaki di dalam menongkah arus perniagaan, banyak aspek yang ditekankan. Kekuatan mental di dalam pengawalan emosi di dalam membuat keputusan, kekuatan fizikal di dalam melaksanakan tugasan yang berat dan lain-lain lagi. Leaki di dalam pemahaman Islam juga merupakan seorang pemimpin.
Konsep Kepimpinan Islam juga meletakkan syarat pemilihan pemimpin hendaklah lelaki. Syarat lelaki ini berdasarkan kepada sekatan atau halangan yang terdapat pada seorang wanita di dalam pergaulan ( seperti menjaga aurat selain keadaan fizikalnya).
Oleh itu, tidak dapat dinafikan kedua-dua jantina memainkan peranan masing-masing di dalam menempuh arus kehidupan kerana kedua-dua jantina memainkan peranan masing-masing dan saling melengkapi.
Merujuk kepada cabaran yang akan dialami Shamsul jika beliau dilantik menjadi CEO sebuah syarikat yang mempunyai budaya feminin, beliau akan mengalami:
(a) Cabaran komunikasi
Cara berkomunikasi antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Wanita menggunakan suara/penulisan sebagai medium untuk mereka meluahkan rasa/ menyelesaikan permasalahan serta menggunakan emosi di dalam pemikiran manakala lelaki pula lebih memilih untuk mendiamkan diri dan menggunakan logik akal di dalam mencari jalan penyelesaian.
(b)Cabaran Pergaulan/Bersosial
Budaya feminin mementingkan semangat berpasukan dan lebih berempati terhadap rakan manakala budaya maskulin lebih tegas dan kurang mementingkan semangat berpasukan. Shamsul akan lebih peka terhadap orang bawahan beliau seiring dengan budaya feminin yang lebih bertoleransi.
(c)Cabaran “multitasking”
Beliau perlu melatih diri supaya dapat menjalankan beberapa tugas serentak supaya dapat menjadi CEO yang berkaliber dan sesuai dengan budaya feminin yang fleksibel di dalam melaksanakan tugasan atau kerja.