Saya hargai orang yang berniaga, kerana asal tujuan berniaga ialah untuk memudahkan orang ramai mendapat sesuatu yang mereka hajati. Dari perspektif Islam, ia satu pahala kerana memudahkan orang lain. Kita pun sudah tahu hadis yang menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang memudahkan urusan orang lain.
Pagi tadi saya membeli makanan di suatu tempat Antah Berantah . Banyak gerai yang menghidangakan pelbagai masakan di situ, harga pun berpatutan. Ada sesetengah masakan itu menjadi “trade mark” gerai-gerai di situ. Maksud saya, banyak gerai yang menjual makanan yang dimasak dengan cara dan style yang sama. Agaknya chef-chef di situ belum dapat ilham baru.
Satu kedai menarik perhatian saya dan saya tak berapa pasti mengapa. Mungkin cara menghidang yang berbeza.
Oleh kerana saya ingin menjimatkan masa, saya telah membeli beberapa jenis masakan sekali gus.
Walaupun masakannya dihidangkan dengan gaya yang menarik dan teratur, serta sedap rasanya, tetapi secara keseluruhannya saya akan memberikan gred B- kepada gerai ini kerana layanan yang tidak memuaskan. Peniaga tidak senyum mesra, hanya duduk membaca suratkhabar.
Ada beberapa dulang yang tiada senduk, dan saya terpaksa meminta senduk untuk menceduk makanan. Kemudian apabila tangan saya comot terkena makanan, saya terpaka pula meminta tisu, kerana tuan kedai sibuk membaca suratkhabarnya…. …
Nasib baik dia “prihatin” untuk mengira makanan yang saya telah beli. Sembilan ringgit semuanya dan setelah saya membayar, tiada ucapan terima kasih kepada saya sebagai pelanggan. .
Pada hemat saya, walaupun betul peniaga makanan ini memberikan servis kepada orang ramai, bukankah tanpa pelanggan bisnes tak jalan?
Hipotesis saya, peniaga ini tidak tahu bahawa dalam Islam, semuanya diberi ganjaran. Pahala menyediakan servis menjual makanan akan bertambah dengan adanya senyuman dan suasana mengutamakan atau menghargai pelanggan.
Dikatakan ada satu pepatah Cina ( saya tidak pasti kebenarannya) yang boleh dijadikan panduan, ia itu ” Kalau tak tahu senyum, tak usah berniaga”.
Sekian untuk renungan bersama