Assalamu`alaikum wrwbt dan selamat sejahtera,
Saya ingin berkongsi pula berkaitan Bab 2.
Kandungan bab 2:
2.1 Pengenalan
Tulis apa yang akan ditulis dalam sub-sub topik yang ada dalam bab ini .
2.2. Pemboleh ubah (PU) pertama (kalau menggunakan dua PU, ini biasanya PU bebas)
Beri sedikit penerangan kepada pembaca…..(jangan biarkan pembaca meraba-raba/”do not leave the reader in the darkness”
contoh: bahagian ini menerangkan konsep stres, jenis-jenis stres, penyebab-penyebab stres, kesan-kesan stress dan juga model berkaitan stres
2.2.1 Konsep stress
………………………
2.2.2 Jenis-jenis stres
2.2.3 Penyebab-penyebab stress
2.3 PU ke 2
2.3.1
2.3. 2
……
2. 4 Berkaitan responden contoh : Juru ukur marin di Pasir Gudang
2.5 Teori-Teori kajian
2.6 Kajian-kajian lepas
Kajian hendaklah meliputi dalam dan luar negara, tahun 2009 ke atas.
Dalam membuat sorotan kajian, dapatkan objektif kajian, responden kajian, instrumen kajian ( sekalai gus memaklumkan samada kualitatif atau kuantitatif) serta dapatan kajian.
Responden hendaklah sebaik-baiknya sama latar belakang atau paling tidak seakan-akan. Contoh: kalau responden anda adalah guru, cari kajian berkaitan guru, kalau responden anda adalah polis , maka cari kajian berkaitan polis.
Sekiranya tidak dapat yang sama, cari seakan-akan atau sama kategori.
2.7 Kerangka kajian
2.8 Rumusan
P/s: Dalam kajian kualitatif, semasa membuat sorotan, dapatkan juga bagaimana soalan ditanya ( interview questions), kerana jika silap soalan, pengkaji tidak dapat jawapan yang diperlukan 🙂
p/s: Jadual boleh membantu untuk membuat sorotan secara sistematik