Banyak kajian telah membuktikan bahawa lelaki dan wanita mempunyai otak yang agak berbeza. Ini membuatkan lelaki dan wanita berbeza dalam cara mereka melaksanakan tugas-tugas harian atau tugas-tugas khusus seperti menjadi pemimpin.
Contoh di bawah ini boleh menjelaskan perbezaan antara cara lelaki ( Shamsul ) dan wanita (Liza).
Shamsul dan Liza adalah kawan baik dan mempunyai kerjaya masing-masing. Shamsul seorang usahawan yang bekerja sendiri dan mempunyai tiga perniagaan, yang setiap satu mempunyai risiko yang tinggi. Liza pula seorang perunding yang berjaya dan sering berjumpa Shamsul dalam mengendalikan konsultasinya.
Bill telefon Liza mencecah RM 300 setiap bulan manakala bill telefon Shamsul dalam RM 150 setiap bulan. Liza, dalam kesibukan kerjayanya memikirkan hal-hal klien, masih dapat dapat merancang untuk “get-together” keluarga luasnya pada tahun depan. Liza juga faham, jika Shamsul tidak dapat dihubungi, bermakna dia (Shamsul) tidak mahu diganggu kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaannya. Biasanya Shamsul menyelesaikan masalah dengan berfikir secara logikal dan lebih suka menyendiri. Liza pula mengambil kira “rasa” (gut feeling) dan pandangan rakan-rakan dan ahli keluarga apabila membuat keputusan.
Apabila ditanya mengenai sifat-sifat pasukan yang baik, Liza menceritakan tentang pentingnya sokong menyokong sesama ahli. Shamsul pula, membayangkan pasukan yang baik adalah seperti satu pasukan rugby yang berjaya menjulang sebuah piala.
Dalam kesibukannya Liza sering juga membawa masakannya dan makan bersama-sama Shamsul sambil berbincang hal-hal perniagaan dan klien. Bagi Liza, memasak nasi , satu lauk dan satu sayur itu boleh dibuat secara serentak. Shamsul bersyukur dapat menikmati masakan kawan baiknya dan masih hairan bagaimana Liza boleh memasak nasi, satu lauk dan satu sayur serentak dan cepat.
Diadaptasi dari dua sumber di bawah:
http://www.sciencemag.org/news/2017/04/study-finds-some-significant-differences-brains-men-and-women
Cook, L dan Rothwell, B. (2000) The X and Y of leadership. How men and women make a difference at work. London: The Industrial Society.