PSM dan Latihan Ilmiah: Bab 3 bahagian instrument

Salam dan hi,

Cara penulisan dalam PSM atau Latihan Ilmiah adalah mudah jika pengkaji faham apa yang dikehendaki oleh setiap sub-tajuk.

Bab 3 bahagian instrumen kajian , biasanya sub-tajuk 3.4, hanya memerlukan pengkaji menerangkan dengan jelas isnstrumen yang digunakan .

Instrumen ini  hendaklah mengukur apa yang hendak diukur , ia itu bertepatan dengan objektif kajian dan juga sekali gus dengan definisi operational pemboleh-pemboleh ubah kajian.  Aspek atau dimensi /detail soal selidik itu pula dihuraikan dalam Bab 2.

Contoh penulisan 3.4 ia itu Instrumen kajian.

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A:

Terangkan …..

Bahagian B:

Terangkan….

Bahagian C:

Terangkan …..

  • Nyatakan juga sumber soal selidik dan juga pengkaji-pengkaji tempatan yang telah menggunakannya.

Semoga bermanfaat.

 

Healthy teeth programme with the children in Kratie, Cambodia

Hi and salam,

The Kembara USR UTM- Cambodia & Vietnam 2018 was a memorable one for many reasons. The  programme for the children of Kampong Kra Nhoung, Kratie, Cambodia could be divided into eight phases:

  1. Registration

Children were asked to give their names. Only children five to 12 years were considered participants. A total of 99 children participated

  1. Introduction

A brief introduction was done by the chief facilitator, Ms Yap Sin Yee, followed by ice-breaking.

  1. Ice breaking

We brought balloons for the children to play with.  They had fun of course. Then the children were asked to sit in groups. Because we had only three interpreters, we had to make three large groups.

  1. Pre-test preparation : issuing toothbrushes, toothpaste and water

Toothbrushes were issued, one for each child, followed by the toothpaste and water

  1. Pre-test: Brush your teeth your own style”

The children were asked to brush their teeth, without any instructions.

  1. Demonstration of the proper way of teeth brushing by facilitators

Facilitators demonstrated the proper way to brush teeth.

  1. Post-test: Brushing teeth the correct way

The children were again asked to brush their teeth according to what they saw.

  1. Gift time

This was an important activity, to show appreciation to the children who came from all parts of the village

The photos and videos

Photo compilation

 

Trustworthiness in qualitative research

Hi and assalamu alaikum wrwbt,

These writings are taken from pages 135-141 of my Phd Thesis entitled ” A  Framework for helping parents of children with hearing loss in a special education school in Malaysia”

The subsection is “Strategies to ensure trusworthiness or rigour in qualitative research”.

The writings are a bit lengthy. For first timers, you can use at least  member checks, reflexivity and providing rich and thick description

Trustworthiness

Happy writing and reading

 

 

PSM atau Latihan Ilmiah : Bab 2

Assalamu`alaikum wrwbt dan selamat sejahtera,

Saya ingin berkongsi pula berkaitan Bab 2.

Kandungan bab 2:

2.1 Pengenalan

Tulis apa yang akan ditulis dalam sub-sub topik yang ada dalam bab ini .

2.2. Pemboleh ubah (PU) pertama (kalau menggunakan dua PU, ini biasanya PU bebas)

Beri sedikit penerangan kepada pembaca…..(jangan biarkan pembaca meraba-raba/”do not leave the reader in the darkness”

contoh: bahagian ini menerangkan konsep stres, jenis-jenis stres, penyebab-penyebab stres, kesan-kesan stress dan juga model berkaitan stres

2.2.1 Konsep stress

………………………

2.2.2 Jenis-jenis stres

2.2.3 Penyebab-penyebab stress

2.3 PU ke 2

2.3.1

2.3. 2

……

2. 4 Berkaitan responden contoh : Juru ukur marin di Pasir Gudang

2.5 Teori-Teori kajian

2.6 Kajian-kajian lepas

Kajian hendaklah meliputi dalam dan luar negara, tahun 2009 ke atas.

Dalam membuat sorotan kajian, dapatkan objektif kajian, responden kajian, instrumen kajian ( sekalai gus memaklumkan samada kualitatif atau kuantitatif) serta dapatan kajian.

Responden hendaklah sebaik-baiknya sama latar belakang atau paling tidak seakan-akan. Contoh: kalau responden anda adalah guru, cari kajian berkaitan guru, kalau responden anda adalah polis , maka cari kajian berkaitan polis.

Sekiranya tidak dapat yang sama, cari seakan-akan atau sama kategori.

 

2.7 Kerangka kajian

2.8 Rumusan

P/s: Dalam kajian kualitatif, semasa membuat sorotan, dapatkan juga bagaimana soalan ditanya ( interview questions), kerana jika silap soalan, pengkaji tidak dapat jawapan yang diperlukan 🙂

p/s: Jadual boleh membantu untuk membuat sorotan secara sistematik

 

PSM atau Latihan Ilmiah: ciri-ciri umum penulisan yang baik

Assalamu`alaikum wrwbt dan Hi,

  • Secara umumnya, penulisan yang baik adalah yang mudah difahami, ayat tidak berbelit-belit dan jelas maksudnya. Ayat meleret-leret dan tidak jelas maksudnya menggambarkan idea yang bercelaru  atau konsep yang kabur.  Juga menggambarkan anda tidak faham dan tidak membaca.
  • Dalam konteks PSM atau Latihan Ilmiah (LI) , konsep, perkataan atau terma yang digunakan mestilah  kosisten  dari muka surat depan atau cover sampai ke muka surat (ms) belakang. Contoh : (i) pengkaji mengkaji personaliti, maka hendaklah fokus perbincangan kepada  personaliti (ii) menggunakan perkataan “stres” di sepanjang penulisan . Jangan sekali “tekanan”, sekali “stres”
  • Soal selidik yang digunakan hendaklah berdasarkan model yang dipilih untuk kajian.  Jika dalam model ada lima elemen atau dimensi yang di utarakan oleh pakar, dalam  soal selidik pun mesti ada lima dimensi atau elemen ini. Juga perlu konsisten pada bahagian definisi konsep dan operasional
  • Responden dalam kajian lepas yang dipilih juga perlu lah seakan-akan atau mirip atau dari kumpulan pekerja yang sama dengan responden kajian anda. Contoh, kalau responden kajian anda adalah pekerja kilang pembuatan, pilih kajian lepas yang juga menggunakan responden pekerja kilang pembuatan.
  • Mengikut format yang betul. Formatlah  penulisan anda dari sekarang. Tolong jangan bagi penyelia penulisan yang menunjukkan formatting pun anda tak mampu buat!!!
  • Juga nombor-nombor (numbering) penulisan anda. Tunjukkan anda seorang yang prihatin.
  • Setiap kali perlu ada lampiran rujukan, agar saya/penyelia boleh lihat dari mana

Semoga bermanfaat.

PSM atau Latihan Ilmiah: Persediaan sebelum perjumpaan pertama

Assalamu`alaikum wrwbt,

Menjalankan kajian samada untuk PSM atau Latihan Ilmiah (LI) adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Dua elemen penting ialah : pelajar dan penyelia

Apa-apa pun beberapa persediaan perlu dilakukan setiap kali sebelum perjumpaan dengan penyelia.

Sebelum perjumpaan pertama:

  1. Baca 2 atau 3 PSM atau LI yang baik
  2. Lihat format, lihat bab-bab,  cara penulisan, serta rujukan dll
  3. Tulis tajuk yang anda minat.
  4. Sediakan satu deraf bab 2 ( sebanyak mungkin) mengikut format yang anda telah lihat dari no 1.
  5. Tuliskan objektif kajian anda.
  6. Selamat mengkaji

For Mr Donald Trump: The importance of Johari Window

In the recent development related to Syria, I heard via BBC world service, Mr. Donald Trump called the Russian leader monster. I just wonder what Mr Trump calls himself and what other  people would call him.

It reminds me of the Johari Window.

http://www.selfawareness.org.uk/news/understanding-the-johari-window-model

Suggestion : Mr Trump can reduce his twitting time and do some self reflection.  Johari Window is a good place to start from. Furthermore, you don’t have to worry Mr Trump, this useful Window started in  University of California Los Angeles, not Leningrad, Tehran or Damascus.

Thank you

Makanan sedap tetapi peniaga bermuka masam

Saya hargai orang yang berniaga, kerana asal tujuan berniaga ialah untuk memudahkan orang ramai mendapat sesuatu yang mereka hajati.  Dari perspektif Islam, ia satu pahala kerana memudahkan orang lain.  Kita pun sudah tahu hadis yang menjanjikan ganjaran  yang besar bagi sesiapa yang memudahkan urusan orang lain.

Pagi tadi saya membeli makanan di suatu tempat Antah Berantah . Banyak gerai yang menghidangakan pelbagai masakan di situ, harga pun berpatutan.  Ada sesetengah masakan itu menjadi “trade mark” gerai-gerai di situ.  Maksud saya, banyak gerai yang menjual makanan yang dimasak dengan cara dan style yang sama. Agaknya chef-chef  di situ belum dapat ilham baru.

Satu kedai menarik perhatian saya dan saya tak berapa pasti mengapa. Mungkin cara menghidang yang berbeza.

Oleh kerana saya ingin menjimatkan masa, saya telah membeli beberapa jenis masakan sekali gus.

Walaupun masakannya dihidangkan dengan gaya yang menarik dan teratur, serta  sedap rasanya, tetapi secara keseluruhannya saya akan memberikan gred B- kepada gerai ini kerana layanan yang tidak memuaskan. Peniaga tidak senyum mesra, hanya duduk membaca suratkhabar.

Ada beberapa dulang yang tiada senduk, dan saya terpaksa meminta senduk untuk menceduk makanan.  Kemudian apabila tangan saya comot terkena makanan, saya terpaka pula meminta tisu, kerana tuan kedai sibuk membaca suratkhabarnya…. …

Nasib baik dia “prihatin” untuk mengira makanan yang saya telah beli. Sembilan ringgit semuanya dan setelah saya membayar, tiada ucapan terima kasih kepada saya sebagai pelanggan.  .

Pada hemat saya, walaupun betul peniaga makanan ini memberikan servis kepada orang ramai,  bukankah tanpa pelanggan bisnes tak jalan?

Hipotesis saya, peniaga ini tidak tahu bahawa dalam Islam, semuanya diberi ganjaran. Pahala menyediakan servis menjual makanan akan bertambah dengan adanya senyuman dan suasana mengutamakan atau menghargai pelanggan.

Dikatakan ada satu pepatah Cina ( saya tidak pasti kebenarannya) yang boleh dijadikan panduan, ia itu ” Kalau tak tahu senyum, tak usah  berniaga”.

Sekian untuk renungan bersama