Resepi Red Velvet

Resepi ni adalah resepi kawan yang saya cuba semasa buat postdoc di York, UK. Sangat simple dan sedap (at least to me). Ikut original step, Ilham buat 2 layer round cake. Tapi saya lebih suka buat cupcakes sebab senang nak makan dan Ainaa anak perempuan saya suka cupcakes.  Selamat mencuba!

cake2

Red velvet cake (sebijik 8 atau 9 inci cake dua layer) by Iham, York, UK 2013.

Kacau guna whisk kering & ketepikan:
-2 1/2 cwn plain flour
-1 cwn brown sugar
-1 cwn granulated sugar
-1 tsp b.soda
-1 tsp b.powder
-1 tsp salt
-2 tbsp cocoa powder

Guna electric mixer/whisk biasa & pukul:
-2 teloq
-tuang 1 1/2 cwn sunflower oil perlahan2 dlm teloq tadi sambil kacau supaya sebati
-masukkan pula 2 tsp vanilla extract yg halal, 1 tsp jus lemon/ cuka makan biasa & red colouring (yg ni bergantung pada jenis, biasanya kalau pakai yg liquid guna byk, dlm 2tbsp. Sy biasa guna yg gel, jadi guna sikit. Dalam 1/2 tsp). Kacau sebati semua.
-masukkan sifted ingredients td. Kacau sebati.
-sambil kacau masukkan pula 1 cwn buttermilk perlahan2. (Cara buat buttermilk: perah 1 tbsp jus lemon/cuka dalam 1 cwn susu, kacau & biar 2,3 minit.jadilah buttermilk)

Tuang sama rata dalam dua 8/9 inci cake pan. Bakar dalam preheated 180 celcius electric oven 35 minutes. Kak suhailah, oven akak fan kan?bakar at 165/170 celcius 35-40 minutes 

Sejukkan cake. Boleh buat frosting sementara tu 

Sy biasa nya guna cream cheese frosting. Resepi ada mcm2 jenis, yg biasa sy guna (sorry takde sukatan tepat):
-1/2 buku unsalted butter..biar kat luar fridge utk bbrp jam
-3 bekas cream cheese 200g
-icing sugar ikut preference

Guna electric mixer/kalau tgn kuat boleh guna spatula biasa je.kacau tiga2 bahan ni sambil masukkan icing sugar sikit2 sampai rasa manis ikut suka. Ada org suka masam cheese lebih/ada suka manis gula lebih. Sapu tgh layer cake & seluruh cake. Icing lebih boleh letak colouring & picit2 hias atas/tepi cake. Siap 

Selamat mencuba!

cake

Ainaa’s 9th Birthday — Cupcakes mama buat, Cake 3 tingkat Auntie Ilham yang buat 🙂