Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas .
(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.
(c) Syarat Tambahan
Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.
Maklumat lanjut di pautan di bawah.