Sistem Parkir MPJBT (dibangunkan bersama UTM)

Sistem Parkir MPJBT (dibangunkan bersama UTM)

Bermula 1 Mei 2016, MPJBT telah melaksanakan medium pembayaran parkir secara kupon, SMS dan juga aplikasi mudah alih di Taman Ungku Tun Aminah, Taman Universiti,Taman Bukit Indah, Taman Nusa Bistari. Bagi lain-lain kawasan, perlaksanaan sistem ini akan dijalankan secara berperingkat, sistem kupon masih digunakan.

* Tempat letak kereta adalah PERCUMA melalui pembayaran secara SMS dan Apps sepanjang tempoh percubaan 1-14 Mei 2016 bagi pengguna CELCOM SHJ.

Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum, bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Kadar Bayaran:
½ jam = RM0.40
1 jam = RM0.60

Penggunaan SMS:
1- Pengguna menghantar SMS:
Kod Negeri (J) & Tempoh (30minit, 1-10 jam)<jarak> No. Plat Kenderaan <jarak> No. Petak Parkir dan hantar ke 2028
2- Contoh: J30 JHR3700 5AAA1

Penggunaan Aplikasi Mudah Alih:
1- Aplikasi boleh didapati di Appstore atau Playstore dengan carian “SMSParkir”
2- Pembayaran boleh dilakukan samada melalui caj kredit telefon atau e-wallet dengan melengkapkan maklumat No. Kenderaan, No. Petak Parkir, tempoh masa serta rangkaian telekomunikasi di aplikasi mudah alih tersebut.

Penggunaan Kupon:
1- Mempamerkan kupon parkir yang diperolehi di Ibu Pejabat, Cawangan serta kaunter bergerak MPJBT.
2- Kupon juga boleh didapati Melalui anggota penguatkuasa parkir dan agen jualan yang akan dikemaskini di papan tanda zon berkupon, laman web, media cetak dan elektronik.

Pas Bulanan:
1- Kadar bayaran adalah RM100 bagi tempoh sebulan.
2- Hanya boleh digunakan di dalam kawasan MPJBT.

Aduan dan pertanyaan:
Zen Trillion Sdn Bhd,
401-403 Industrial Building Centre, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Johor Bahru, Johor.
Tel: 019-720 0241