FYI,
Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Semakan Status Tawaran Biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera(SLAB)
SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)
National Taiwan University – Research Visiting Student
Yayasan Tunku Abdul Rahman
Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas .
(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.
(c) Syarat Tambahan
Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.
Maklumat lanjut di pautan di bawah.
Bank Negara Malaysia Scholarship Programme 2016 / 2017 Nurturing Excellent Talent
Biasiswa MyBrain Science
FYI,
iasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Tarikh Akhir Hantar Dokumen MyBrain 15 ( Feb Tawaran)
FYI,
Sukacita dimaklumkan, tarikh akhir penerimaan dokumen di Bahagian Biasiswa KPT untuk dokumen penerimaan tawaran dan perjanjian Program MyBrain15 bagi tawaran bertarikh 23 Februari 2016 telah ditetapkan pada 31 Mac 2016, jam 5.00 petang.
Dokumen yang diterima lewat daripada tarikh berkenaan tidak akan diterima dan akan menyebabkan tawaran Program MyBrain15 tersebut terbatal