Kempen Dana Endowmen Alumni 2015/2016
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. / Dr./ Saudara,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kempen Dana Endowmen Alumni UTM diwujudkan khas untuk ALUMNI UTM menyumbang kepada Endowmen Universiti. Bersesuaian dengan status YBhg. Prof. / Dr./ Saudara yang juga merupakan alumni UTM, sudilah kiranya YBhg. Prof./ Dr./ Saudara dapat menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu menjayakan kempen ini.
2. Kempen ini bertujuan untuk memberi bantuan biasiswa kepada pelajar daripada golongan keluarga ‘bottom 40’. Selain itu, sumbangan dapat membantu Universiti meneruskan usaha bagi menyubur dan memperkukuhkan budaya ilmu dikalangan warga universiti, komuniti setempat dan negara amnya. Sumbangan ini juga dapat membugarkan iklim ilmu demi generasi yang akan datang.
3. Bersama-sama ini disertakan brosur Dana Endowmen Alumni 2015/2016 untuk rujukan pihak Prof. / Dr./ Saudara. Sumbangan boleh dibuat secara Tunai/Cek atau potongan gaji ke Akaun Bank UTM (CIMB 8006053536).
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Erma Rahimah di talian 07-5536085 / 013-7195324 atau email kepada pengarahalumni@utm.my.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
PROF. MADYA DR. AHMAD MAHIR BIN MAKHTAR
PENGARAH KANAN
Unit Perhubungan Alumni
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni
UTM Johor Bahru, Johor
No. Tel : 07-5536085
No. Hp : 013-7195324
Website : www.utmalumni.