KATA-KATA MUTIARA

IBNU Abbas ra menegaskan bahawa,tidaklah diriwayatkan dari Nabi SAW mengenai perkataan yg diucapkannya melainkan ia menjadi Peribahasa. Diantaranya ialah Sabda Nabi SAW yg bermaksud:

1. Orang Mukmin itu tidak disengat 2 kali dari satu lubang.

2. Orang yg berkuasa ialah yg boleh mengalahkan nafsunya.

3. Khabar itu tidak seperti melihat sendiri.

4. Orang yg hadir melihat apa yg tidak dilihat oleh orang yg tidak hadir.

5. Pemberi minum orang-orang adalah orang yg terakhir minum.

6. Andaikata sebuah gunung berbuat zalim kpd sebuah gunung lainnya,nescaya Allah Taala telah menghancurkannya.

7. Perang itu membolehkan tipu daya.

8. Mulailah dengan dirimu,kemudian orang yg menjadi tanggunganmu.

9. Bencana itu tergantung pada ucapan.

10. 0rang Muslim adalah cermin orang muslim.

11. Manusia itu sama seperti gigi-gigi sisir.

12. Kekayaan yang hakiki adalah kaya jiwa.

13. Meninggalkan kejahatan adalah sedekah.

14. Pemimpin orang-orang adalah pelayan mereka.

15. Sesungguhnya dari syair itu terdapat hikmah dan sesungguhnya dari kata-kata yg indah terdapat daya pesona.

16. Niat orang mukmin itu lebih baik daripada amalnya.

17. Kasihanilah makhluk yg ada dibumi,nescaya kamu dikasihani oleh Tuhan yg menguasai langit.

18. Penasihat itu diserahi amanat.

19. Selesaikan keperluan-keperluanmu dengan merahsiakannya.

20. Siapa tidak menyayangi maka dia pun tidak disayangi.

21. Orang yg menarik kembali pemberiannya seperti orang yg memakan kembali muntahnya.

22. Orang yg menunjukkan kebaikkan adalah seperti melakukannya.

23.Cintamu kepada sesuatu menjadikan buta dan tuli.

24. Setiap perbuatan yg makruf adalah sedekah.

25. Menunda pembayaran hutang oleh orang yg mampu adalah kezaliman.

26. Perjalanan itu adalah sebahagian dari siksaan.

27. Orang2 mukmin itu mengikuti syarat2 mereka.

28. Manusia itu menurut asal usulnya seperti asal usul emas dan perak..Yang baik dari mereka di zaman jahiliah adalah yg baik di antara mereka dalam Islam apabila mereka memahami agama.

29. Kezaliman itu menjadi kegelapan-kegelapan di hari kiamat.

30. Hati manusia diciptakan untuk mencintai siapa yg berbuat baik kepadanya dan membenci siapa yg berbuat buruk kepadanya.

31. Tidaklah mensyukuri Allah siapa yg tidak mensyukuri manusia.

32. Keadilan raja-raja mengekalkan kerajaannya.

Speak Your Mind

*