SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

 

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’

Maka jawabnya Rasulullah saw ‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayanKu dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2.Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika merekaitu dari kalangan orang yang beriman.

 

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :’Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ‘ Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.’ Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama …. Berpesan-pesan untuk kebaikan…

Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam..

Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?

 

Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam. Berikut adalah doa-doa tersebut :

 

1.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim]

 

2.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari]

 

3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.[Imam al-Bukhari]

 

4.“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.[ Abu Dawud dan al-Nasa’ie]

 

5.Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.[al-Nasa’i]

 

6.Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

 

7.Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam al-Bukhari]

 

8.Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam Abu Dawud]

 

9. Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.[Imam Abu Dawud]

 

10.“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.[ Abu Dawud]

 

Semoga kita dapat mengamalkan doa-doa nabi saw ini dalam setiap kali solat…InsyaAllah..

 

SUMBER: Hamba Allah

 

APAKAH ITU QARIN ?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

 

 

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

 

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

 

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

 

Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

 

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

 

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.”

(Riwayat Muslim)

 

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.”

(Riwayat Baihaqi)

 

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

 

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

 

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.

Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

 

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

 

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

 

والله اعلم

 

BIBLIOGRAFI:

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauz

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.

 

Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,

 

“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

 

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

 

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”

Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

 

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.

 

Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,

“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

 

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

 

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

 

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.

 

Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,

 

“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

 

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

 

Sekali lagi ALLAH menjawab,

 

“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”

Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

 

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

 

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

 

SUMBER: Nazir Abu Bakar

Batu dari Syurga

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.

 

Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.

 

Ciuman sebagai sunnah semata-mata

Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

 

Sejarah Hajarul Aswad

Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan.Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia. Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.

 

Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

 

Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu. Ketika pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya. Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

 

Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu. Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

 

Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

 

Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang. Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.

 

SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.

 

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan.

 

Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.

 

Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.

 

Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa’ pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.

 

Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”

Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.

 

Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.

Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.

 

Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.

Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.

 

Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ” Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:

Fussilat Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)

 

Zalzalah Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.

Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya.

 

SUMBER: (http://www.ar-rifke.com/

Siapakah Lelaki Yang Dayus Menurut Islam ?

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus “seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)..

 

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

 

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi bersabda : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

 

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

 

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

 

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

 

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

 

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

 

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

 

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

 

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

 

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

 

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki pertandingan hiburan seperti, mentor, gang starz dan lain-lain sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

 

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, alasannya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

 

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

 

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

 

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

 

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

 

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

 

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

 

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

 

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

 

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

 

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

 

Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

 

Wallahu a’lam…

 

By:Ustaz Zaharuddin Abd Rahman & Hamba Allah

7 KALIMAT

SABDA RASULULLAH SAW:

 

Ertinya:” Barangsiapa hafal 7 kalimat,dia dipandang mulia

di sisi Allah SWT dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih lautan”.

 

1. Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap melakukan sesuatu.

 

2. Mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

 

3. Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersilap pada perkataan yang tidak patut.

 

4. Mengucap INSYAALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

 

5. Mengucap LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu yg tidak disukai dan tidak diingini.

 

6. Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.

 

7. Mengucap LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya..dari tafsir Hanafi..mudah-mudahan ingat walau lambat-lambat,mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa,kerana sudah biasa.

HAWA DIJADIKAN KETIKA ADAM a.s SEDANG TIDUR…

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya.

 

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

 

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

 

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

 

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .

ORANG YANG AKAN MENJADI TEMAN KARIB IBLIS

 

Rasulullah S.A.W bertanye Iblis menjawab

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wahai Iblis , siapakah yang akan menjadi teman karibmu?”

Berkata Iblis : “Ya nabi Allah, teman atau kawanku yang paling dekat denganku ialah orang2 yang meminum arak atau yang memabukkan ,penghisab candu dan ganja yang sama dengannya.Kerana jelas orang ini semua adalah membawa kepada pepecahan dan perkelaian dan cerai-beraiyang mana ianya sangat sesuai dengan tugasku”

Soal arak adalah tersangat jelas larangannya dari Tuhan sekalian alam,nabi s.a.w. pun banyak menyebutkan didalam hadis memberi peringatan kepada umatnya supaya menjauhi arak.

Firman Allah s.w.t

“Hai orang-orang yg beriman sesungguhnya arak,judi,berhala,dan undi-undian itu semuanya keji datangnya dari syaitan.Maka hendaklah kamu tinggalkan semuanya,mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”(Surah Al-Maidah ayat 90)

“Tiap sesuatu yang memabukkan maka itu HARAM (khamer)

(Riwayat Iman Bukhari,Muslim,Abu Daud dan Annasai r.a)

“Tidak akan berzina seseorang penzina diwaktu dia berzina jika dia beriman dan tidak akan meminum khamer ketika meminumnya jika dia beriman. Dan tidak akan mencuri seorang pencuri diwaktu dia mencuri jika dia beriman”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim r.a dari Abu Hurairah r.a)

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,maka janganlah minum khamer,dan siapa yang percaya kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah duduk diatas hidangan yang dihidangkan khamer(bersama-sama dalam satu hidangan yang ada arak)
(Hadis riwayat At-Tabrani r.a)

“Siapa yang minum Khamer seteguk maka Allah tidak akan menerima amal fardu dan sunatnya selama 3 hari,dan barang siapa yang minum khamer segelas maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.Maka barang siapa yang terus menerus minum khamer,Allah s.w.t akan memberinya minuman NAHRUL KHABAAL.Ketika ditanya: Ya Rasulullah apakah dia Nahrul Khabaal itu? Jawab beliau : Darah bercampur nanah orang ahli neraka“.
(Hadis riwayat Imam Al Tabrani r.a dari Ibnu Abass r.a)

Ada sesetengah orang bodoh yang mengaggap bahawa arak @ khamer itu boleh dijadikan ubat kepada ubuh manusia,ketahuilah dibawah ini kami kemukakan beberapa hadis berkenaan dengan anggapan ubat dari arak @ khamer itu,supaya ianya menjadi jelas kepada sesiapa yang mahu beriman kepada Allah dan Rasulnya.

“Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan penyakit dan ubat,dan dia menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya,maka berubatlah kamu semua.Tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram”.
(Hadis riwayat Imam Abu Daud r.a)

“Sesungguhnya arak @ khamer itu bukanlah ubat,tetapi dia sebenarnya ialah penyakit”
(Hadis riwayat Imam Muslim,Ahmad,Abu Daud dan At Turmizi r.a)

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat yang menyembuhkan penyakit kamu dengan bahan yang diharamkan kepada kamu” (Hadith Riwayat Imam Bukhari r.a)

Peminum arak adalah orang yang paling jelek dipandang di mata umum dan tidak sesuai bagi manusia yang sempurna akalnya. Mereka tidak mempunyai akal yang waras sahaja yang sanggup memperhambakan dirinya kepada iblis dan syaitan.
Antara yang akan terjadi ke atas peminum arak:

1. Apabila seseorang dari kamu meminum arak maka akan jadilah ia seperti seorang gila dan tidak cukup akal, dia akan ditertawakan dan dipermainkan oleh kanak-kanak dan orang yang minum arak adalah orang yang sangat kotor dan jijik sekali.

2. Peminum arak menyebabkan hilang akal yang waras dan memusnahkan kekayaan bagi diri seseorang itu berpandukan kepada hadith Rasulullah S.A.W.

3. Minum arak akan menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan sesama saudara dan rakan-rakan. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara sesama kamu bersaudara atau berteman dan sahabat lantaran kamu minum arak dan berjudi.

Firman Allah yang bermaksud

“Dan menghalangi kamu daripada mengingatkan Allah dan menghalangi kamu dari sembahyang”
(Surah Al-Maidah ayat 91)

4. Dengan meminum khamer kemungkinan besar akan terjadi zina antara suami isteri yang sah bilamana dia melafazkan talak di dalam keadaan mabuk dan dia sendiri tidak sendiri akan dirinya apa yang dibuat.

5. Meminum khamer itu adalah jalan utama untuk melakukan kejahatan dan kunci pembuka segala maksiat dan segala jenis kejahatan yang dilarang oleh Allah S.A.w.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

“Jauhilah kamu akan arak kerana dia adalah jalan bagi segala kejahatan”

6. Nabi S.A.W menyebut ada 10 laknat yang akan diterima oleh orang-orang yang melibatkan dirinya dengan arak. Antaranya:

1. Orang yang memerahnya (membuat arak)
2. Orang yang menolong memerah khamer itu
3. Orang yang meminum arak atau khamer
4. Orang yang membawa khamer
5. Orang yang menolong membawa arak atau khamer itu
6. Orang yang memberi atau menyajikan arak itu kepada orang lain (sedangkan dia tidak minum)
7. Orang yang menjualnya
8. Orang yang membeli arak (walaupun untuk orang lain)
9. Orang minta dibelikan arak
10. Orang mengambil upah dari kerja yang melibatkan diri dengan arak

Sepuluh jenis manusia yang disebut di atas adalah dipetik dari hadis Rasulullah S.A.W, semua mereka akan bertanggungjawab dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Mereka yang kekal minum arak padanya ada satu bahagian, berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud

“Apabila matinya seseorang yang mengekali minum arak samalah seperti matinya seorang penyembah berhala”. Wall’yazubillah Minzalik.

firman Allah yang bermaksud
“Orang yang mengekali minum arak,bilamana dia mati,matinya itu seperti mana penyembah berhala”.

Empat jenis orang yang tidak akan di masukkan kedalam syurga dan tidak akan merasai :-

1.Peminum arak
2.Pemakan riba
3.Memakan harta anak yatim dengan tiada hak.
4.Durhaka kepada kedua ibu bapa
(Hadis riwayat Iman Al Hakim r.a)

~~@@ Manisnya Taubat @@~

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka “terlibat dengan urusan sebegitu”, ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa…

 

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh “mereka”, terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

 

Jawab mereka,

 

“bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka”

“keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai”

ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa..”

 

Itu antara jawapan-jwapan daripada “mereka”..

 

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar  dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk  mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah “mereka” itu.

 

 

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat.

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS.

 

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan  bermacam- macam jenis ‘penyakit’ lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya  mengalahkan penularan virus H1N1.

 

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

 

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

 

kerana ini sudah ditakdirkan Allah”

 

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

 

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

 

Mengapa berputus asa dari  rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

 

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,

“aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya”.

 

Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

 

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

 

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

 

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah.  Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

 

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

 

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

 

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

 

” dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”, surah an-nisa (4:16).

 

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

 

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita  jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

 

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

~@Membaca Fatihah Dalam Sembahyang @~

Membaca Al Fatihah

-merupakan rukun sembahyang yang perlu dilafazkan dalam setiap rakaat sembahyang fardhu dan sunat. Tidak sah solat kalau tak baca Al Fatihah.

 

“tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak membaca Al fatihah (riwayat: Jamaah)

 

Al Fatihah adalah kata-kata munajat, dengan Dialah kita berbicara, siapa Dia? Dialah Allah S.W.T. begitu tingginya darjat Al Fatihah. Apabila membaca Al Fatihah, hati hendaklah mendahului lidah, iaitu hati batin hendaklah dulu mengingati makna dan maksud kemudian barulah lidah mengucap bacaannya. Sekiranya tidak mampu, jadikanlah lidah menjadi guru bagi hati. Namun, adakala lidah kita bergerak tetapi hati dalam keadaan lalai. Semua orang mengalaminya tetapi berusaha untuk mengurangkan. Setiap usaha ke arah kebaikan walaupun tidak berjaya tetap akan dinilai Allah. Itu janji Allah sekiranya kelemahan diri diakui dengan penuh kesedaran.

 

hadis riwayat Abu Hurairah: Rasululluh S.A.W. telah bersabda:-

 

Telah berkata Allah S.W.T. : Aku membahagikan solat itu antara Aku dan hambaKu setengah-setengah dan bagi hamba Ku apa yang dimintanya. Maka apabila hamba berkata:

 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

1. “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”

 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين

2. Segala puji-pujian untuk Allah yang mengatur sekalian alam.

Allah menjawab: Aku telah dipuji oleh hamba Ku

 

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

3. Maha Pemurah, Maha Penyayang

Allah menjawab: hambaKu menyanjung Ku

 

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

4. Yang menguasai hari pembalasan

Allah menjawab: Aku diagungkan oleh hamba Ku.

 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

5. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.

Allah menjawab: inilah tali penghubung antara Aku dan hamba Ku dan hamba Ku itu boleh meminta apa sahaja.

 

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

6. Tunjukkanlah kami jalan yang benar(lurus),

 

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai atas mereka dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Allah menjawab: ini bagi hamba Ku dan bagi hamba Ku apa yang dipintanya.

 

Bayangkan betapa mulianya diri kita yang membaca Al Fatihah sehingga menjadi sebutan Allah SWT dan mendapat penghormatanNya apabila kita membaca Al fatihah dalam solat.

 

————————————————————–

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

 

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah- surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan ‘Ummul Quran” (yang bermaksud induk Al-Quran) atau “Ummul Kitab” ( yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al- Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah:

1. “Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun.”

2. “Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan

“amin”, nescaya permintaan kamu akan diperkenankan.”

3. “Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al- Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah.”

4. “Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya.”

 

——————————————————————————-

 

7 (Tujuh) Kelebihan / Keistimewaan Surat al-Fatihah [Samudera al-Fatihah, Bey Arifin, PT Bina Ilmu, 1976]

 

1.Surah Yang Paling Besar (A’zham) Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal r.a., katanya : Menyampaikan akan kami Yahya bin Said dari Syu’bah, yang menerima kabar ini dari Hubaib bin Abdirrahman, dari Hafizh bin ‘Ashim, dari Abu Said al-Ma’alli r.a., katanya : “Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w., maka tak dapat aku menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku datangi beliau, Rasulullah berkata : Kenapa engkau tidak segera mendatangiku ? Aku menjawab : Karena aku dalam bersolat ya Rasulullah. Berkata Rasulullah : Bukankah Allah sudah berfirman : Hai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu. Kemudian beliau berkata : Aku akan mengajarkan kepadamu sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an sebelum engkau keluar dari masjid ini. Ketika Rasulullah akan keluar dari masjid, beliau memegang tanganku, lalu aku berkata : Ya Rasulullah, Engkau mengatakan mau mengajarkan kepadaku sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an. Berkata Rasulullah : Ya, ialah al-Hamdulillahi Rabbil “Aalamin (dan seterusnya), ialah 7 ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Qur’an al-‘Azhim yang telah disampaikan kepadaku” .

Hadis yang seperti di atas inipun diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa’I, Ibnu Majah dan al-Waqidi dari berbagai-bagai sumber.

 

2. Tak Ada Samanya Dalam Taurat, Injil, Zabur dan Al Qur’an. Diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dalam al-Muwattha’, dari al-‘Ala’ bin Abdirrahman bin Y’kub al-Haraqi, bahwa Abu Sa’id Mawla Ibnu ‘Amir bin Kuraiz mengabarkan kepada mereka, bahwa Rasulullah s.a.w. memanggil akan Ubay bin Ka’ab ketika dia dalam bersolat di dalam masjid. Sesudah selesai solat, Ubay bin Ka’ab mendatangi Rasulullah, lalu Rasulullah memegang tangan Ubay, lalu bersama-sama keluar dari masjid dan berkata : Aku ingin engkau jangan keluar dari masjid ini sebelum mengetahui satu surah yang tak pernah diturunkan di dalam Taurat, tidak pula di dalam Injil dan tidak pula di dalam al-Qur’an yang dapat menyamainya. Berkata Ubay : Lalu aku perlambat jalanku, lalu berkata kepada Rasulullah : Surah apakah yang engkau janjikan tadi itu ya Rasulullah ? Lalu Rasulullah membaca “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin” dan seterusnya, dia berkata : “Inilah dianya surah itu, yaitu 7 ayat yang berulang-ulang dan dialah al-Qur’an al-Azhim yang telah disampaikan kepadaku”. Diriwayatkan dari Ali bin Abu Talib r.a., bahwa Rasulullah s.a.w. berkata : “Siapa yang membaca Fatihatul-Kitab (al-Fatihah), maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan (al-Qur’an)”.

 

3. Hanya Kepada Muhammad S.A.W., Al-Fatihah diturunkan. Diriwayatkan oleh Muslim dan an-Nasa’I dari hadis Abul Ahwash, Salam bin Salim dari ‘Ammar bin Zuraiq, dari Abdullah bin Isa bin Abdirrahman bin Abu Laila dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas r.a. katanya :

“Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. duduk bersama Jibril, tiba-tiba Rasulullah mendengar suatu bunyi dari atas, lalu Jibril menoleh ke atas, kemudian lalu berkata : “Itu sebuah pintu sudah terbuka di langit, dan tak pernah pintu itu terbuka sebelum ini”, dari pintu itu turun satu Malaikat, yang langsung menuju kepada Rasulullah, dan berkata : “Bergembiralah engkau (Muhammad) mendapat dua cahaya yang aku bawakan ini, yang tak pernah kedua cahaya ini diberikan kepada Nabi yang manapun sebelum engkau, kedua cahaya itu ialah Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat di akhir Surah al-Baqarah, setiap hutuf engkau baca dari keduanya pasti engkau mendapatkannya”.

 

4. Langsung Mendapat Jawaban Dari Allah Siapa yang membaca Surah al-Fatihah, setiap ayat yang dibaca itu langsung dijawab oleh Allah. Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Kami berada di belakang Imam (bershalat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, karena aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi shalat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta. Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”, Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim” , Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”, Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”, dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”, Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta; dan apabila hambaKu berkata”, dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”, Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.

 

5. Aman Dari Segala Bahaya.  Diriwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a. : Berkata Rasulullah s.a.w. : “Bila engkau baca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut”.

 

6. Surah Al Fatihah langsung dari Arasy. Diriwayatkan oleh al Hakim di dalam al-Mustadrak dari Ma’qal bin Yasaar r.a. : Telah berkata Rasulullah s.a.w : “Amalkanlah segala apa yang tersebut di dalam al-Qur’an, halalkanlah apa yang dihalalkannya, haramkanlah apa yang diharamkannya, dan patuhilah ia, jangan sekali-kali engkau inkari apa-apa yang tersebut di dalamnya, dan apa-apa yang kamu ragukan (maksudnya), kembalikanlah kepada Allah dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan sesudah meninggal aku nanti, supaya diterangkannya kepada kamu, dan berimanlah kamu dengan Taurat, Injil dan Zabur, dan apa saja yang dibawa oleh para Nabi dari Tuhan mereka, dan akan memberi kelapangan kepadamu al-Qur’an dan segala keterangan yang tersebut di dalamnya, maka sesungguhnya al-Qur’an itu Pemberi Syafaat, sesuatu yang tak pandai bercakap tetapi membawa kebenaran, dan kepadaku diberikan Allah Surah al-Baqarah dari ZIKIR PERTAMA (Kitab-Kitab Suci yang diturunkan sebelum Musa a.s.) dan diberikan kepadaku surah yang berawalan Thaha, Thasin dan Hamim dari Papan-papan Musa (maksudnya : TAURAT), dan diberikan kepadaku Surah al-Fatihah langsung dari Arasy”.

 

7. Sebagai Obat (Mentera). Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Said al-Khudri r.a. “Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di satu dusun. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata : “Sesungguhnya kepala desa ini sakit dan tak seorangpun di antara kami yang dapat mengobatinya, adakah diantara tuan-tuan yang dapat mengobatinya ?” Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak mengira yang ia dapat menjadi dukun. Si sakit itu lalu dimenterainya dan sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami disuguhkan susu. Ketika ia kembali kami bertanya : “Apakah engkau membolehkan mentera, dan apakah engkau tukang mentera ?” Ia menjawab : “Tidak, saya bukan tukang mentera, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah).” Kami katakana : “Kejadian ini jangan dikabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. lebih dahulu”. Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah s.a.w. dan kami ceritakanlah kejadian itu. Rasulullah lalu berkata : “Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah mentera (obat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya”. Kejadian seperti inipun diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dari Hisyam. Di dalam beberapa riwayat dari Muslim diterangkan bahwa penyakit orang yang disembuhkan itu ialah karena sengatan binatang yang berbisa dan yang menyembuhkan itu adalah Abu Said al-Khudri sendiri. Mengenai Surah al-Fatihah dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ada beberapa pendapat di dalam kalangan Ulama-ulama besar Islam. Pokok perbedaan pendapat itu berkisar pada hadis yang tersebut di atas ini dan beberapa ayat al-Qur’an yang tersebut di bawah ini : “Hai manusia, sesungguhnya telah dating kepadamu pelajaran dari Tuhanmu, dan penawar (obat) bagi (penyakit) yang ada di dalam dada, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” [Yunus : 57] ; “Dan Kami turunkan dari al-Qur’an sesuatu yang jadi obat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan bagi orang-orang yang zhalim tetap bertambah merugi” [al-Isra’ : 72] ; “Katakanlah, al-Qur’an itu sebagai petunjuk dan penawar (obat) bagi orang yang beriman” [Fusshilat : 44] Karena ayat-ayat dan hadis yang tersebut di atas ini, semua ulama-ulama sepakat bahwa al-Qur’an itu dapat menjadi obat. Tetapi obat apa, mereka berlainan pendapat. Ada di antara mereka mengatakan sebagai obat dari penyakit-penyakit batin (rohani) saja, tidak dapat menjadi obat dari penyakit-penyakit jasmani (mengenai tubuh). Tetapi lain ulama mengatakan, menjadi obat bagi penyakit-penyakit rohani dan jasmani (kedua-duanya). Di antara Ulama Besar dan modern yang berpendapat bahwa al-Qur’an dan khususnya al-Fatihah dapat mengobati jasmani disamping mengobati rohani, ialah Imam Ibnul Qayyim al-Jawzi. Berkata Ibnul Qayyim dalam kitabnya bernama Madarijus Salikin juz I halaman 52-58, diringkaskan sebagai berikut : Adapun al-Fatihah itu mengandung obat buat hati (rohani) aka tidaklah ada perlainan pendapat. Cacat-cacat atau penyakit yang menimpa kalbu berpokok pada dua perkara, ialah rusaknya ilmu dan rusaknya tujuan. Karena dua kerusakan ini, maka timbullah dua penyakit kalbu yang sangat berbahaya, yaitu adh-Dhalaal (kesesatan) dan al-Ghadhab (keangkara-murkaan). Kesesatan karena rusaknya pengetahuan, sedangkan keangkara-murkaan karena rusaknya tujuan hidup. Kedua penyakit inilah induknya segala penyakit kalbu. Maka hidayat yang bernama Shiraathal Mustaqiim (al-Qur’an) adalah obat dari penyakit pertama (kesesatan). Sebab itu hidayat ini harus selalu kita minta dan pelajari. Sedang pengertian yang terkandung dalam Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin adalah obat dari penyakit kedua (rusak tujuan atau kemurkaan). Adapun al-Fatihah ini dapat pula menyembuhkan penyakit-penyakit tubuh atau badan, sudah jelas pula sebagai yang diterangkan oleh hadis shahih yang tersebut di atas ini. Para ahli tidak berselisih sedikitpun tentang keshahihan hadis yang tersebut dia atas ini. Dalam hadis itu dinyatakan dengan terang bahwa penyakit tersebut sudah sembuh hanya dengan membacakan Surah al-Fatihah, sehingga tak membutuhkan obat lainnya lagi. Pengalaman-pengalaman banyak orang dan undang-undang ketabibanpun akan membenarkannya. Banyak sekali penyakit-penyakit mengenai tubuh manusia yang dapat disembuhkan dengan doa-doa lebih-lebih dengan al-Fatihah yang mengandung banyak rahasia, kebenaran dan pengertian-pengertian yang sangat tinggi. Di dalamnya terkandung at-tauhid, penyerahan diri kepada Allah, sanjungan dan pujian terhadap Allah, di dalamnya terdapat nama-nama Allah yang baik, nama Allah yang dapat menghilangkan segala kejelekan dan dapat mendatangkan segala kebaikan (termasuk kesembuhan itu).

~@ 10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI @~

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

 

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

 

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

 

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

 

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

 

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

 

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

 

  • Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

 

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari

mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.

Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah

burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang

menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam

tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak

dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan

kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya

memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu

kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu… ‘wahai malaikat yang

menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu

permintaan’. Bertanya malaikat ‘Apakah permintaan itu?’.. Berkata

burung-burung itu’ Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan

kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,

barulah aku akan tidak membuat bising disini’. Berkata malaikat itu,

‘Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah’. Beredarlah malaikat dan

menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah

yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan

bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera

mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah

sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap

Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia

sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan

hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya

berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi

Maha Penyayang

Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

 

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

 

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

 

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

 

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

 

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,

berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

 

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

 

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

 

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu

menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang

menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan

perilakunya.

 

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

 

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah

orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

 

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

 

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, … tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

 

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

INDAHNYA AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW

Diriwayatkan daripada Ubaidillah bin Utbah r.a katanya: Aku bertanya Saidatina Aisyah r.a dengan berkata: Bagaimana dengan penyakit yang dihidapi oleh Rasulullah s.a.w? Beliau menjawab: Nabi s.a.w sakit sehingga tidak dapat berjalan. Baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum dan mereka sedang menunggumu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tuangkan air ke dalam bekas untukku. Kami lakukannya, lalu baginda berwuduk. Setelah selesai baginda cuba berdiri. Tapi malang baginda terjatuh dan pengsan.

 

Setelah pulih baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum, mereka masih menunggumu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda lagi: Tuangkan air ke dalam bekas untukku. Kami lakukannya lalu baginda berwuduk. Setelah itu baginda cuba berdiri, tetapi pengsan lagi. Sebaik sahaja pulih baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum, mereka masih menunggumu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Tuangkan air ke dalam bekas untukku. Kami lakukannya dan baginda berwuduk lagi. Setelah itu baginda cuba berdiri, tetapi pengsan lagi.

 

Setelah pulih baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum, mereka masih menunggumu, wahai Rasulullah! Sementara itu orang ramai masih berkumpul di masjid menunggu Rasulullah s.a.w untuk mendirikan sembahyang Isyak yang sudah terlewat. Akhirnya baginda mengutuskan seseorang menemui Abu Bakar agar beliau mengimami sembahyang. Setelah utusan tersebut berjumpa Sayidina Abu Bakar r.a dia terus berkata: Rasulullah s.a.w memerintahkan kamu agar mengimami sembahyang orang ramai.

 

Sayidina Abu Bakar r.a berkata: Aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menggantikan tempat tersebut. Lalu meminta Sayidina Umar r.a dengan katanya: Wahai Umar! Imamkanlah sembahyang orang ramai. Ubaidillah berkata: Sayidina Umar menjawab: Kamu lebih layak berbanding dengan aku. Akhirnya Sayidina Abu Bakar mengimami sembahyang mereka sehingga beberapa hari. Kemudian apabila Rasulullah s.a.w beransur pulih, baginda keluar dengan dibantu oleh dua orang sahabat, salah seorangnya ialah Al-Abbas untuk sembahyang Zuhur. Sementara itu Abu Bakar sedang sembahyang mengimami orang ramai.

 

Apabila melihat Rasulullah s.a.w Abu Bakar cuba bergerak untuk berundur ke belakang lalu Nabi s.a.w memberi isyarat kepadanya supaya tidak berbuat demikian. Kemudian baginda bersabda kepada dua orang yang membantunya: Bawakan aku ke tepi Abu Bakar. Mereka berdua membawanya sehinggalah baginda duduk di tepi Abu Bakar. Abu Bakar tetap sembahyang dalam keadaan berdiri. Orang ramai tetap berimamkan Abu Bakar r.a manakala Nabi s.a.w mengikutinya dalam keadaan duduk. (H.R. Muslim)

Kisah Malaikat Maut Menyamar

Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama.

 

Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata :

“Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu”.

Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.

Pengawal menemui tamu tersebut dan bertanya :“Apa maksudmu ?”

Tamu menjawab : “Tolong panggilkan tuanmu”.

Lantas pengawal istana menjawab : “Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau”. “Siapa engkau ?”

Kata malaikat Maut lagi : “Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya”.

Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tamu.

Kemudian tamu itu berkata lagi:“Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut”

Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :“Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)”

Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil. Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :“Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang”

Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya :”Semoga engkau dilaknat Allah Subhanahu wata’ala, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah”

Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab :“Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat beristri dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan ataupun dosa.”

Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati….

Sahabatku, Inilah dunia.. Halalnya dihisab, Haramnya diazab. Segalanya bagaikan fatamorgana jika tidak dijadikan ibadah dan dijadikan alat untuk meraih taqwa. Kemanisannya…cuma sebentar.

SUMBER: Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact)

~NAMA NAMA NERAKA, JENIS TINGKAT & PENGHUNINYA~

1) Neraka Jahannam

Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. Ini berdasarkan kepada Firman Allah SWT di dalam surah an-nisa’ ayat 169 yang bermaksud :

“Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

 

2) Luza

Tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud:

“Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

 

3) Hathamah

Neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

 

4) Sair

Tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

 

5) Saqru

Neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

 

6) Jahim

Neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

 

7) Hawiyah

Neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud:

“Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. “ (surah Al-Qariah: 8-11)

 

Kesimpulannya, itulah tujuh nama neraka dan tingkatannya. Di setiap tingkatannya terdapat kategori penghuni masing-masing. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengingati selalu peringatan Allah SWT supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga daripada menjadi bahan bakar api neraka yang di dalamnya sangat panas lagi pedihhh. Wallahu A’lam… ♥ ^____^

“100 HARI TANDA SEBELUM KEMATIAN”

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

 

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

 

3. Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

 

4. Tanda 3 hari

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

 

5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

 

6. Tanda akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

 

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

 

Wallahu a’lam…