Hai!

with No Comments

Assalamualaikum & hai semua 🙂

Tahun lepas (2021), PSM PPMU mula menggalakkan penglibatan staf PPMU untuk menulis di blog sendiri di website people@utm. Honestly sebenarnya baru tahu staff non academic pun digalakkan kemaskini website masing-masing. Ingatkan website personal domain universiti ni hanya untuk staf akademik.

Maka saya try explore website personal ni. Menarik. InsyaAllah boleh jadi medium untuk saya berkongsi perjalanan karier.

Blog peribadi di wordpress yang dah lama tak dikemaskini. Banyak menulis masa bujang dulu. Dah kahwin & beranak pinak, tak sempat nak update. Hehe

Di laman people@utm ni saya plan nak tulis santai-santai saja berkaitan tugasan & tanggungjawab saya sebagai seorang Pegawai Sains di UTM. Oh ye dulu saya pernah tulis tentang permulaan kerjaya saya sebagai Pegawai Sains di blog peribadi : Pengalaman Interview & Jobscope Pegawai Sains. Berminat jemputlah baca. Lain-lain banyak share tentang travel & personal life experience saja kat blog sana.

Untuk perkembangan kerjaya saya, jemputlah menyinggah di laman ni. Semoga ada yang bermanfaat untuk semua yang membacanya!