Webinar CMU Bil. 1 2022 – Tanggungjawab Pengguna Bahan Kimia

with No Comments

Assalamualaikum semua.


Tahun ini (2022) CMU telah merancang banyak siri webinar untuk berkongsi pelbagai maklumat dengan warga kampus. Bermula dengan Webinar Bil. 1 – Tanggungjawab Pengguna Bahan Kimia pada bulan Februari, dan seterusnya merangkumi pelbagai topik pengurusan bahan kimia & gas bulan berikutnya.


Alhamdulillah Webinar Siri 1 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih semua yang turut serta dalam webinar anjuran CMU.

Hebahan program
Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan. Tak sangka sampai 1.2k jumlah views.

Pada saya tajuk ni sangat penting untuk disampaikan kepada semua warga kampus. Setiap pengguna perlu maklum dan sedar apakah tanggungjawab yang perlu mereka galas sebaiknya apabila melibatkan penggunaan bahan kimia. Tugas menjaga keselamatan dan kesihatan apabila menggunakan bahan kimia bukan terletak pada bahu staf makmal sahaja, bahkan setiap satu pengguna perlu ambil peduli.


Jujurnya dari pandangan saya, setelah terlibat sebagai auditor sejak tahun 2016 – Awareness dalam kalangan warga kampus semakin baik dan isu berkaitan keselamatan & kesihatan penggunaan bahan kimia kini dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti. Alhamdulillah. Semoga ianya boleh menjadi culture dalam kalangan warga kampus.


Bak kata pepatah ‘keselamatan adalah tanggungjawab bersama.’ Kalau seorang sahaja yang laksanakan, takkan menjadi kan? 🙂