Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia PPMU 2022

with No Comments

31 Ogos 2022 – Hari Kemerdekaan

16 September 2022 – Hari Malaysia


Mengambil semangat sempena bulan Kemerdekaan tahun ini, Badan Kebajikan PPMU menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik warga PPMU. Ada pertandingan mewarna poskad, hiasan ruang, hiasan face mask, poster digital, pertandingan perarakan dan pertandingan sukan rakyat. Meriah sungguh!

Saya pun turut ambil bahagian dalam pertandingan mewarna, poster digital & menghias facemask. Saja memeriahkan sambutan. Hehe. Alhamdulillah, pertandingan mewarna dapat lah nombor 1. lain-lain tiada nombor.. Haha

Jom kita tengok kemeriahan sambutan di PPMU tahun ini :

  • Pertandingan perbarisan
Kumpulan Dato Bahaman
Kumpulan Tok Janggut
Kumpulan Mat Kilau
Kumpulan Rentap
Semua staf PPMU
  • Pertandingan Hiasan Ruang
Juara
Tempat ke-3
Tempat kedua
Tempat ke-4
  • Pertandingan mewarna poskad, hiasan facemask, poster digital dan ciptaan sajak.
Penyertaan pertandingan mewarna staf PPMU
Pertandingan Poster Digital
Juara pertandingan sajak

Pertandingan hiasan face mask
Pemenang pilihan juri dari Pejabat TNCPI
Juara Poster Digital
Juara pertandingan mewarna.. Haha. Maafkan saya. Bawa anak pergi office sebab dia tak berapa sihat masa ni…
Close up karya agung ku ini… hahah. Lama tak mewarna.. Dulu masa bujang rajin lah. Dah beranak pinak ni takde masa nak berhobi bagai…
Ni melukis atas facemask.. First time saya guna watercolor ni. Boleh lah hasilnya. Tapi juri komen, cantik… cuma x menang sebab coding warna lari dari warna bendera malaysia.. haha.
  • Pertandingan sukan rakyat
Main tuju guli??
Entah la apa nama game ni.. haha

Main baling selipar
Main congkak
Batu seremban
Hanyalah gambar anakku yang gembira bermain bendera hihi

Begitulah kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia peringkat PPMU tahun 2022. Terima kasih kepada AJK Badan Kebajikan PPMU atas penganjuran program yang sangat menarik ini. Semua pun enjoy! 🙂