Family Day PPMU 2022

with No Comments

Buat julung kalinya, PPMU telah berjaya mengadakan Hari Keluarga PPMU di luar kawasan kampus tahun ini. Program yang berlangsung pada 8-9 Oktober 2022 dilaksanakan di Lotus Seaview Beach Resort, Pengerang, Johor.


Jemputan Program
Tentatif Program
Menu makan malam

Program nya simple saja. Masuk mendaftar dalam pukul 3 petang, dan kemudian acara sukaneka jam 4.30 hingga 6.00 petang. Permainan sukaneka pun lebih kepada hiburan untuk anak-anak. Sukaneka dibahagikan ikut umur anak-anak. Kategori 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun & so on. Ada juga lah 1 game secara berpasangan untuk staf.

Gambar sepanjang aktiviti petang tersebut :

Check inn dengan family tercinta hehe.
Baby kutip cekelat
Bilik Deluxe King yang selesa.
Abg Aqil ready to rebut cekelat
Ready for sukaneka dewasa
Sukaneka baling belon berisi air
Keluarga PPMU

Menjelang malam, acara Makan Malam & BBQ diadakan. Pelbagai juadah disediakan oleh pihak resort dan juga ada menu bakar-bakar oleh staf PPMU. Untuk menghormati malam Maulidur Rasul, majlis dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, Pengarah PPMU dijemput untuk ucapan kepada semua staf.

Anak-anak menanti nama cabutan bertuah
Eh Abang Aqil bertuah pula. Hahaha
Keluarga besar PPMU

Majlis berakhir agak lewat, dalam jam 11 malam. Sofia dah lena diulit mimpi. Saya tak sertai bergambar sebab lorat anak nak tidur haha.

Keesokan harinya, aktiviti bebas. Maka seronoklah anak-anak main pantai.

Sofia exploring nature
Babah & Abang Aqil main pasir.

Berendam di laut sampai jam 10.30 pagi. Kemudian balik bilik & berkemas untuk check out. Semua staf dikehendaki selesaikan urusan check out sebelum jam 12.00 tengahari.

Alhamdulillah. Seronok first time berkumpul besar besaran staf PPMU beserta ahli keluarga di lokasi yang begini. Moga program seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. Terima kasih Badan Kebajikan PPMU atas inisiatif dan usaha menjayakan program ini.