Interview JKM KDSE 2022/2023

with No Comments

Assalamualaikum semua.

Teringat zaman belajar degree dulu. Circa 2010-2014.

Tahun pertama sebagai pelajar – sesi 2010/2011, saya dilantik jadi Pengerusi JKM Kolej 9-10. Masa tu Kolej 9-10 masih semua perempuan. Dalam proses penggabungan dengan Kolej 10. Banyak buat program untuk kolej, kerap juga bergabung tenaga dengan Kolej 10. Maklumlah, tenaga semua perempuan nak run banyak aktiviti. Ada bahagian menagih tenaga lelaki juga untuk mudahkan kerja. haha

Naik tahun kedua, saya jadi calon Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Bertanding peringkat Fakulti Biosains. Menang tanpa bertanding uolls.. Hahaha. Bila bentuk kabinet, dilantik jadi Setiausaha Agung lah pula. Posisi tertinggi untuk kaum hawa masa tu. Tak sangka betul. Maka harungi lah pahit maung politik kampus masa ni.. Orang tak reti politik kena hadap caci maki pentaksub politik, tobat lah wei.. Entah mende-mende rasa masa ni hahaha. Tapi sangat mematangkan dan beri seribu satu pelajaran sepanjang menjawat jawatan student leader ni.

Kemudian nak naik tahun ke-3, berlaku perubahan tempoh semester. Sebelum ni, cuti semester adalah 3 bulan. Namun pada tahun tu cuti semester jadi panjang dalam 5 bulan macam tu, kerana transisi anjakan kenaikan semester IPTA. Bila berlaku macam ni, Presiden dan Timbalan Presiden MPM ketika itu yang merupakan pelajar tahun akhir, telah tamat tempoh belajar dan menunggu tarikh graduasi. Maka perlantikan jawatan mereka dalam MPM juga terbubar, dan nak tak nak saya selaku S/U Agung ketika itu dilantik mengetuai barisan students leader. MPM dibubarkan sepenuhnya dan HEMA melantik jawatankuasa Rakan HEMA (saya sebagai Pengerusi) buat sementara waktu sehingga lantikan baru MPM diadakan.

Naik tahun ke-4, saya decide untuk fokus pada pelajaran. Cukuplah 3 tahun yang penuh duri aktiviti kampus.. Haha. Alhamdulillah banyak sangat belajar bila kita aktif aktiviti di kampus. Tak sangka, dah 10 tahun berlalu pengalaman ini…

Flashback sekejap sebelum masuk ke topik posting ni. Memori terimbas masa duduk di meja panel menemuduga calon pelajar. 17 Nov yang lalu, KDSE telah mengadakan temuduga untuk calon-calon Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KDSE. Tahun ni intake mahasiswa & mahasiswi KDSE ramai dalam kalangan pelajar degree. Maka meriah sikitlah sambutan yang berminat untuk menjadi JKM. Dalam 23 orang hadir ke sesi temuduga ini.

Hebahan permohonan JKM KDSE 2022/2023
Barisan Felow & Pembatu Felow KDSE
Sesi temuduga sedang berjalan
Calon sesi 1
Calon sesi 3
Calon sesi 5
Barisan panel penemuduga
Calon menunggu giliran di luar bilik JKM
Calon sesi 2
Calon sesi 4
Pengumuman lantikan. Alhamdulillah semua nampak excited untuk menyumbang tenaga sebagai JKM KDSE.

Senarai nama yang berjaya temuduga telah pun diumumkan. Seronok sebenarnya tengok semangat & tenaga mereka yang muda-muda ni eager to explore something new in their campus life. Dulu akak pun macam uolls dik.

Terasa tua dah. InsyaAllah dengan pengalaman yang ada, harap dapat membantu pembangunan sahsiah & jati diri pelajar-pelajar ini sepanjang berada di KDSE. Tahniah saya ucapkan kepada semua JKM KDSE yang baru!