Cuti Belajar di bawah Tajaan Biasiswa HLP SLPP KPT 2023

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, saya sedang cuti belajar selama 3 tahun, bermula tahun 2023 sehingga 2026.

Jamuan meraikan kelulusan cuti belajar oleh staf CMU di GBW Hotel
Semakan status temuduga biasiswa HLP bagi staff bukan akademik IPTA 2023

Temuduga biasiswa secara online pada bulan Jun 2023. Sebulan kemudian result keluar.. Sejujurnya tak sangka juga boleh lepas sesi temuduga dan dapat tawaran biasiswa ni. Masa temuduga teruk sangat kena hentam dengan panel. Rezeki baby lah mungkin.. alhamdulillah.

Biasiswa ni khas kepada staf bukan akademik yang berkhidmat di IPTA. Memang tawaran nya hanya untuk 3 tahun sahaja. Dalam batch saya, selain dari pegawai universiti, buat pertama kalinya KPT taja sambung belajar untuk medical doctor yang berkhidmat di hospital pengajar (hospital under universiti). Untuk para doktor ni, tempoh tajaan mereka lain sikit, iaitu 4 tahun.

Seperti lazimnya, semua yang menerima tawaran perlu menghadiri sesi onboarding di Putrajaya. Maka pada 24-25 Ogos 2023 berkumpul lah semua penerima tajaan di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi. Combine semua penerima biasiswa Masters & PhD dalam kalangan pensyarah politeknik & kolej komuniti, medical doctor di hospital pengajar & staf bukan akademik IPTA.

Jenis BiasiswaPeringkat PengajianJumlah Semua CalonCalon dari IPTA
Biasiswa & bergaji penuhMaster6121
PhD3017
Biasiswa tanpa gaji20
Catatan Statistik HLP KPT 2023

Gambar sekitar sesi onboarding :

Majlis pembukaan sesi onboarding
Pengisian slot dari penceramah
Beli untuk ambil semangat haha
Masa ni saya da 7 bulan pregnant.. mendaftar masa dah sarat..

Ada yang tanya kenapa tak mohon penangguhan untuk daftar semester selepas bersalin.. Jawapannya kerana biasiswa perlu diterima pada tahun semasa juga. Kalau mohon tangguh, Februari 2024 baru start semester jadi dah langkau tahun. Kalau nak mohon tangguh, kena mohon dengan uruskan dokumen bagai. Malas nak fikir dah, kita redah saja sarat pun sarat lah haha.

Syarat biasiswa ini juga tak dibenarkan sambung pengajian di universiti yang sama tempat kita berkhidmat, melainkan ada sebab-sebab yang kukuh seperti availability of research instrument & so on. Jadi setelah segala pertimbangan dari segala mode pengajian dan mencari pakar bidang pengurusan bahan kimia, saya dipertemukan dengan SV saya iaitu Prof Goh Choo Ta, Pengarah Lestari UKM. Maka sekarang saya berstatus pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.. hehe.

Apapun good luck buat semua penerima biasiswa.. moga dipermudah segala urusan dan berjaya graduate on time hendaknya. Aaamin. Terima kasih KPT atas peluang ini & terima kasih UTM atas kelulusan cuti belajar nya. May Allah ease everything for me, insyaAllah..