Medium Scale Chemical Spill Training

Training ni part of ERT punya training.

Selalunya training emergency response team banyak tertumpu kepada fire hazard sahaja. Sedangkan banyak lagi senario hazard yang perlu dibuat latihan agar jika berlaku betul betul kejadian kecemasan, pasukan ERT dapat bertindak dengan tepat dan segera. Sebagai contoh, tumpahan bahan kimia. Kebanyakan dari kita rely 100% pada bomba untuk uruskan. Sedangkan ada langkah awal yang kita patut tahu sebelum ketibaan bomba. Dan dalam kes tumpahan yang berskala kecil & sederhana, melibatkan bahan kimia yang dalam kategori masih terkawal, kita boleh uruskan sendiri.

Jadi pada 19-20 Ogos 2024, PPMU mengadakan latihan Medium Scale Chemical Spill Training. Saya pun menyibuklah walaupun saya sedang cuti belajar. Ilmu begini selalunya kena bayar tau. Rugi kalau free tapi saya tak attend. Haha..

Penceramah latihan ini adalah Pn. Norlin Arsad, CePSWaM UTM. Latihan selama 2 hari ini lebih berfokuskan hands-on, dimana hanya beberapa jam untuk belajar teori, dan selebihnya aktiviti kumpulan serta praktikal tumpahan bahan kimia.

Kelas Teori
Group activity
Key point 1
Key point 2

Seterusnya, untuk part praktikal. Sesi ini sangat menarik. Peserta boleh memakai PPE yang bersesuaian dan cuba melakonkan senario bahaya yang berlaku.

Pembahagian tugasan
Fire team
Pembersihan tumpahan
Proses Decon
Pemakaian PPE
Pembersihan tumpahan
Pembersihan tumpahan
Laporan Historian
Selepas latihan
Wrap up ERT team

Alhamdulillah latihan tamat dengan jayanya tanpa ada sebarang kecederaan. InsyaAllah jika ada latihan lain, saya akan menyibuk lagi.. haha. Terima kasih CMU & PPMU!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *