Perkongsian Cabaran & Realisasi; Pengurusan Bahan Kimia & Silinder Gas Secara Berpusat

28 Ogos 2024 yang lalu saya telah dijemput oleh pihak Bahagian Pengurusan Makmal Universiti, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) untuk menyampaikan perkongsian bertajuk “Perkongsian Cabaran & Realisasi; Pengurusan Bahan Kimia & Silinder Gas Secara Berpusat. UPM sedang dalam proses untuk membentuk pengurusan berpusat di sana, justeru sesi selama 2 jam ini berfokus kepada kaedah yang diamalkan di UTM serta cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan pengurusan bahan kimia dan gas secara berpusat di universiti.

Sesi perkongsian ini dilaksanakan secara virtual melalui platform zoom. Saya jangka kan penglibatan peserta adalah dalam kalangan staf UPM sahaja. Beberapa hari sebelum program, saya perasan urusetia membuat hebahan jemputan di dalam group whatsapp Persatuan Pegawai Sains Malaysia (PPSM). Dan saya tidak menjangkakan bahawa tajuk ini rupanya menarik minat begitu ramai staf di institut pendidikan untuk turut serta!

Poster program.
Kenalan dari UM memaklumkan jumlah peserta atas talian mencapai 260 orang!

Peserta yang hadir secara fizikal ada dalam 20 orang, manakala peserta di atas talian mencapai jumlah 260 orang. Jumlah yang sangat ramai pada saya. Banyak juga soalan yang diajukan terutamanya dari aspek pengendalian perolehan bahan kimia P&P dan penyelidikan.

Ketika sesi Q&A

Ada banyak lagi yang boleh dikongsikan, namun masa mencemburui. Saya perlu memberi ruang kepada rakan sekerja, Pn. Farhana untuk meneruskan sesi yang seterusnya. Jika ada sebarang soalan lanjut, jangan segan untuk hubungi saya melalui telefon mahupun email saya.

Terima kasih pihak UPM khususnya En. Johadi, atas kesudian menjemput saya sebagai penceramah.

Moga ini bukan kali terakhir kita berhubung & bekerjasama 🙂