Ujian Sakit Cov19

with No Comments

Cubaan untuk mengelak tetapi Allah swt duga juga dengan sakit covid19. Walaupun kurang bercampur dengan orang ramai, pelbagai usaha pakai mask, kebersihan diri, meja dan area bilik di pejabat, akhirnya berjangkit juga. Awal pagi sebelum subuh 30 Julai sudah mula rasa badan dedar+ sakit tekak sikit, seharian tak lalu nak makan. Malam harinya badan semakin panas dalam dan tak boleh tidur sebab b.p naik mendadak. Cuba bertenang dan tak berfikir bukan-bukan, buat test subuh berikutnya = positive. Terus update MySejahtera, maklumkan pegawai dan family kuarantin diri. 1st day gagahkan diri bangun mandi 5 kali sebab badan panas dan sakit kepala. Makan panadol activefast. My bro Abe hantar barang-barang yang dipesan, dotter Miza belikan panadol, gula2 & spray febreeze. Walaupun demam, lepas mandi mesti capai mop lantai dengan dettol. 4 hari juga berperang dengan demam panas, setiap hari masak bubur lauk singgang/asam & telur kicap+bawang. Lain-lain memang tak boleh masuk dalam tekak ni wpun dia hantar KFC.

Hari ke 6 baru saya betul-betul sihat, sakit kepala kurang, kalau tak tidur memang tak tentu masa sebab kepala sakit. Saya bersyukur takde batuk dan selsema. Lain orang lain simptom dan sakitnya. Sentiasa waspada dan peka dengan kesihatan diri, kita akan mudah menerima jangkitan di mana-mana sahaja.