Life as Student

with No Comments

Macam tak percaya je… tapi debaran sangat ketara pabila menjejakkan kaki untuk pendaftaran masuk Minggu Intensif 28 Feb – 21 Mac 2023. Punyala happy drive masuk kampus, live video dengan mom sampai masuk daftar bilik asrama until jumpa Daniel. Macam tak percaya bila pusing-pusing 1 campus tengok mana area kelas me supaya tak bengong esok nak pi kelas. Selang 2 blok hostel ada beberapa cafe yang agak menarik nak makan, harga pun murah. Cuma parking kadang-kadang kena rebut sikit la dan i always got spot sebab parkir utk oku..hahaha. Satu menda je yang aku paling tak tahan kat Penang ni, cuaca dalam pulau ni panas lain macam, over 34 degrees dan ini juga pemangkin me demam panas agaknya. Syukur alhamdulillah dengan pelbagai ujian dan cabaran, berjaya mengharungi minggu intensif bersama kawan-kawan lain. Sudah dapat gelaran baru “kakak otai”, hurmm… lantak depa la. Agaknya me poyo kot walaupun sangat bersahaja, dan ada yang sampai mulut ke mulut pasal me. And also the only plat kereta UTM yang masuk campus USM… cheq la…hahaha. Kereta ni jugak la yang angkut bff me balik kuliah, wpun sharip kadang2 menolak, segan agaknya dengan me, sanggup dia menapak jauh dan naik bukit. Aigooo… macam2 perangai depa ni. Ada jugak yang mulut celupar dalam whatsapp group, bila jumpa kat luar pijak semut pun tak mati. Kecik besar je aku tengok kau eh..memang kena mark la dengan me. Bila pikir pikir semula, tak yah la nak gaduh dengan budak budak, nampak hodoh pulak me as ortu. Wekend boring ada sekali tu lepak kat tepi pantai awal pagi, layan sunrise dengan Sharip. tak la jauh sangat, cuma 20 minit driving, breakfast nasi lemak dan minum kopi, hirup udara segar, chillin’ and relaxing. Port healing agaknya tempat ni selain dari nelayan turun naik.

Not so much shopping at mall in Penang, i banyak habis duit sebab makan je la. nak masuk dalam bandar, memang tak la. Sebab letih nak layan jem. Malam lepas maghrib, ada la beberapa kali pi cari Nasi Kandar, McD and Starbuck also few tempat makan viral yang sempat me singgah. Tapau dan kadang2 makan kat kedai sorang2. Paling best bila awal pagi selepas solat subuh kat Masjid USM, suasana surrounding kampus macam best je.. Alhamdulillah, syukur menikmati kehidupan sebagai pelajar USM. Exam bulan Julai nanti, busy la siapkan assignment dan test lepas ni. Ganbate YD!! Hwaiting! Chaiyuk!

“Successful and unsuccessful people do not vary greatly in their abilities. They vary in their desires to reach their potential”. – John Maxwell