Unifi Roadshow@UTM

with No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak CICT UTM akan mengadakan Unifi Roadshow @ UTM dan membuka kaunter jualan Unifi Mobile Jasa Pack seperti berikut:

  1. a)Kaunter Lobi Dewan Sultan Iskandar (DSI) sempena Perhimpunan Bulanan Bersama Naib Canselor (Ogos) & Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019:

                Tarikh     :    6 Ogos 2019 (Selasa)

                Masa       :    7.30 – 10.00 pagi

                Lokasi     :    Lobi Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

  1. b)Kaunter Lobi Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT):

                Tarikh     :    6 Ogos 2019 (Selasa)

                Masa       :    2.30 – 4.30 petang

                Lokasi     :    Lobi Depan Pejabat Am CICT, UTM Johor Bahru

Untuk pemakluman, tawaran hebat ini akan tamat pada 31 Disember 2019Dokumen sokongan yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan dan kad matrik UTM (depan belakang) serta tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan oleh penyedia perkhidmatan.

Semua warga UTM Johor Bahru dijemput hadir untuk mengunjungi booth CICT pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Untuk warga UTM Kuala Lumpur, pihak CICT akan mengadakan roadshow dan kaunter jualan (booth) pada tarikh yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia.

HUBUNGI KAMI 

Sistem : http://aduan.cict.utm.my  | Emel : aduit@utm.my  | No telefon :  07-5532136/ 018-2773001