Projek Sedekah RM10 (Edisi 3.0) Day 3

with No Comments

Hakikat kehidupan di dunia memerlukan sejumlah harta dalam menguruskan diri sendiri dan keluarga yang menjadi taklifan ke atas kita.  Sebenarnya kesenangan keluarga dan diri sendiri akan membawa kepada memelihara kemuliaan maruah yang dituntut dalam Islam.

Ini kerana, antara prinsip Islam ialah jangan menyusahkan orang lain dan yang lebih baik ialah menolong seseorang daripada seseorang itu dibantu. Justeru, kita amat perlu kewangan yang menyebabkan kita selamat daripada dibantu oleh seseorang.

Tambahan pula, tiada siapa yang tahu masa depan kita.  Boleh jadi, kita jatuh sakit atau ditimpa musibah sehingga menuntut keperluan mendesak dalam menghadapi ujian itu.  Jadi, berapakah nilai yang sesuai untuk bersedekah?  Sedekahlah walaupun hanya sebahagian dari harta.

19 Ramadan 1440H: Alhamdulillah, lokasi program terakhir kami iaitu Pondok Yatim Tahfidz Darussalam, Aceh Besar. Anak-anak yatim seramai 18 orang dan 25 orang anak-anak mengaji di sini. Kami telah berjumpa wakil pondok iaitu Ustaz Mulyadi dan sumbangan duit dan barang-barang keperluan yang sama seperti lokasi sebelumnya telah disampaikan dan diterima oleh ustaz dan anak-anak yatim.  Hajjah Sazalina juga menyampaikan hasratnya bersedekah makanan iftar iaitu nasi kotak (nasi, lauk dan sayur).

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di Universitas Syiah Aceh foto bareng.  Syukur selesai sudah program kami dan inshaAllah panjang umur akan bertemu Ramadan di tahun 2020 bagi projek Edisi 4.0.

Terima kasih kepada semua sahabat yang turut serta bergabung menjayakan program, sahabat di Aceh yang memastikan penginapan dan kenderaan yang terbaik serta makan iftar. Jazakallahu khair kepada semua yang sudi menyumbangkan walaupun hanya RM10. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas keikhlasan dan kebaikan anda semua.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)