Isu COVID19 & Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia

with No Comments

Ini merupakan peringatan Allah swt buat makhluk-Nya. Sebagai muslim yang beriman, wajib menerima ujian dengan tenang dan bijak menghadapi keadaan yang sukar. Seluruh dunia sedang menghadapi WABAK COVID19 peringkat Pandemik.

Apabila Allah swt hadirkan ujian, antara perkara yang perlu disematkan dalam diri ialah perlunya untuk BERSABAR. Mungkin ia mudah untuk diungkap, namun sukar untuk dipraktikkan sekiranya tanpa adanya IMAN.

Rasulullah SAW pernah menjelaskan kehebatan orang yang beriman kerana mereka sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan kehidupan dunia.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha supaya ujian yang dihadapi itu berlalu dengan lancar.

Ahli Pasukan Petugas Covid-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, seluruh rakyat Malaysia yang kini sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini perlu mengambil perhatian tentang perkara itu.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.

“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.

Dr Adeeba memberi reaksi tersebut ketika ditanya tentang kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan koronavirus (Covid-19).

Sebagai warganegara Malaysia – – JANGAN PANIK & bertenang dengan Perintah Kerajaan. Sentiasa berdoa dan melakukan ibadah, berada di rumah bersama keluarga. Setiap kesulitan dan ujian, ada kebaikan dan rahmat di sebalik kejadian. InshaAllah.