Part of My Task (5)

with No Comments

Pantun:

BIla memandang ke muka laut,

Nampak sampan mudik ke hulu,

Bila terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu.

UCAPAN PENGHARGAAN

Pada Ogos 2020 ini merupakan tarikh akhir Datuk Prof. Ir. Dr. Wahid menjalankan tugas sebagai Naib Canselor. Saya telah menyediakan draf ucapan penghargaan bagi pihak Pengarah UTMDigital dimulai dengan Pantun seperti di atas.

Assalammualaikum wbt. Pihak pengurusan dan staf UTMDigital dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar kerana telah memberi sokongan padu dan telah banyak membantu meningkatkan lagi pembangunan projek Infrasturktur dan Inovasi serta transformasi UTMDigital sepanjang perkhidmatan sebagai Naib Canselor UTM. Kemudahan digital terkini Universiti telah menjadi satu platform dan fokus utama kepada masyarakat kampus untuk merungkai teknologi dan ilmu Digital secara pantas dan berkesan.

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan, nasihat dan teguran YBhg. Datuk dalam usaha bagi memastikan ke arah penyampaian perkhidmatan Digital yang lebih efektif, efisien, berkualiti, telus, mendahului dan mementingkan masyarakat kampus amnya dan pelanggan.

“Hal itu kerana jika Allah membalas kebaikannya dengan kebaikan, hal itu meruapakan kebahagiaan baginya di dunia dan akhirat.” (Al0allamah al0Utsaimin rahimahullah dalam Syarah Riyadhus Sholihin). Jazakallahu Khairan Katsiran Wabarakallahu Fiik Wa ‘Awwadhaka Khairan.