MISI ZIARAH KE MUZIUM PENJARA: SEBUAH PENGALAMAN UNIK BUAT 78 ORANG MAHASISWA-MAHASISWI FABU

MELAKA, 07 Dis. – Seramai 78 orang pelajar dari Program Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia serta empat (4) orang Pensyarah yang diketuai oleh Dr. Zafirah Binti Ab Muin selaku Pensyarah Subjek, Malaysian Legal System telah menyertai program lawatan akademik ke Muzium Penjara Malaysia, Melaka tempoh hari.

Sesi Taklimat oleh Pegawai Bertugas Muzium Penjara Malaysia Melaka, Tuan Hamali

Program berjaya mencapai objektifnya dengan mengadakan misi ziarah ke Muzium Penjara di sebelah petang selepas mengadakan sesi lawatan ilmiah ke Kompleks Mahkamah Negeri Melaka pada sebelah pagi.

Sesi ziarah dimulakan dengan sesi penerangan awal oleh Pegawai Bertugas Muzium Penjara, Tuan Hamali tentang sejarah, fungsi, dan tujuan muzium penjara termasuk peranan penjara dalam masyarakat pada zaman dahulu hingga kini.

Selepas itu, para pelajar dibawa melawat ke sekitar muzium di mana muzium tersebut sememangnya merupakan sebuah penjara sebenar sebelum ini. Ia meliputi pameran tentang kehidupan tahanan dan peralatan yang digunakan dalam sistem penjara.

Para Pelajar Mendengar Taklimat Tentang Sejarah, Peranan dan Fungsi Penjara

Para Pelajar Mendengar Taklimat Tentang Bentuk-Bentuk Kesalahan Yang Dilakukan oleh Banduan

Para Pelajar Mendengar Taklimat Tentang Cara Penyeludupan Barang Larangan dalam Penjara Yang Dilakukan oleh Banduan

Para Pelajar Mendengar Taklimat Tentang Sel Penempatan Banduan

Para Pelajar Mendengar Taklimat Tentang Hukuman Penjara dan Sebatan Yang Dikenakan Ke Atas Banduan

Simulasi Kehidupan di dalam Sel Penjara oleh Pelajar

Simulasi Banduan Dikurung di dalam Sel Penjara oleh Pelajar

Simulasi Kehidupan di dalam Sel Penjara oleh Pelajar

Para Pelajar Mendengar Taklimat Tentang Proses Sebelum Banduan Dijatuhkan Hukuman Gantung

Pelajar Melihat Sendiri Sel Banduan Akhir Sebelum Dijatuhkan Hukuman Gantung

Pengalaman merasai kehidupan di dalam penjara memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang realiti kehidupan di dalam sistem penjara, kesan sosialnya, serta proses pemulihan yang diperlukan. Ini juga dapat membantu mereka memahami secara holistik isu-isu keadilan dan sistem penjara dalam masyarakat. Pengalaman ini juga membantu pelajar memahami kesalahan, akibatnya, dan pentingnya pembetulan serta penyembuhan dalam sistem keadilan.

Informasi Berkaitan Pelaksanaan dan Peralatan Yang Digunakan Bagi Hukuman Gantung

Para Pelajar Bergambar Kenangan di Laluan Masuk Sel Banduan Akhir dan Bilik Hukuman Gantung

Lawatan akademik ke penjara dalah satu cara yang unik dan bermanfaat untuk memberikan pengalaman langsung kepada pelajar. Ia membuka mata mereka kepada realiti kehidupan di dalam sistem penjara, memberi peluang untuk belajar tentang isu-isu sosial, undang-undang, dan masyarakat yang berkaitan.

Para Pelajar dan Pensyarah Pengiring Bergambar Kenangan di Galeri Pameran Muzium Penjara Malaysia

Antara manfaat lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada realiti sosial di mana para pelajar dapat melihat dengan sendiri bagaimana kehidupan di dalam penjara berlaku. Ini dapat membuka wawasan mereka tentang isu-isu seperti keadilan, ketidaksetaraan, dan kehidupan sosial yang berbeza. Selain itu, lawatan ini membantu pelajar memahami bagaimana sistem keadilan berfungsi dan melihat secara langsung bagaimana hukum diterapkan dalam kehidupan sebenar.

Para Pelajar Mengamati Suasana di dalam Penjara Suatu Ketika Dahulu

Lawatan akademik ke penjara mampu menjadi pengalaman yang sangat bermakna dan membuka mata bagi pelajar di samping dapat memperkaya pembelajaran mereka dengan cara yang tidak dapat dicapai melalui buku atau kuliah biasa. Oleh yang demikian, lawatan akademik ke penjara turut memberikan impak yang signifikan kepada nilai teras pendidikan yang digarapkan oleh UTM dimana para pelajar dapat mengamati dan merasai implikasi tindakan mereka serta mempertimbangkan nilai-nilai moral yang penting dalam kehidupan.

Sesi Pemberian Cenderahati Dari Jabatan Harta Tanah, UTM Kepada Muzium Penjara Malaysia, Melaka

Ia turut menggalakkan perkembangan empati dan kepedulian sosial di kalangan para pelajar serta memberi peluang kepada pelajar untuk mempertimbangkan sistem keadilan, hak asasi manusia, dan implikasi sosial terhadap kesilapan yang dilakukan.

Sesi Bergambar Kenangan Delegasi UTM – Jabatan Harta Tanah di Muzium Penjara Malaysia, Melaka

Dengan memahami implikasi sosial, moral, dan etika yang berkaitan dengan sistem penjara, lawatan ini dapat memberikan pelbagai peluang untuk memperkukuh nilai teras pendidikan. Ia memberi dimensi baru kepada pembelajaran yang melampaui buku teks, membantu memperkaya pengalaman pendidikan pelajar, serta membentuk individu yang lebih berdaya dan bertanggungjawab dalam masyarakat.

Keberangkatan Pulang Para Pelajar ke UTM

Semoga pendedahan dan pengalaman ini dapat membuka minda para pelajar dengan lebih luas dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sesi lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar.

Jabatan Harta Tanah, FABU UTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Muzium Penjara Malaysia Melaka kerana sudi menerima kunjungan untuk sesi lawatan para pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *