Sesi Taklimat Road to Certified Facilities Manager (CFFM)

Pada 15 dan 16 Disember 2024, sesi taklimat “Road to Certified Facilities Manager (CFMM)” telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar 1, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Taklimat yang dikoordinasikan oleh pihak UTM CRES ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para ahli akademik tentang peluang dan potensi dalam menjadi tenaga pengajar profesional dalam bidang pengurusan fasiliti.

Sesi taklimat ini menekankan kepentingan meningkatkan bilangan ahli akademik yang kompeten sebagai ‘trainer’ dalam kursus pengurusan fasiliti. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk menyediakan lebih ramai tenaga pengajar berkelayakan bagi mendidik generasi akan datang, sekali gus memperkukuhkan kualiti pendidikan dan latihan dalam bidang pengurusan fasiliti di peringkat nasional.

Antara agenda yang diketengahkan dalam sesi ini adalah:

  • Pengenalan kepada Certified Facilities Manager (CFMM) dan keperluannya dalam sektor pengurusan fasiliti.
  • Proses dan laluan untuk mendapatkan pensijilan CFMM.
  • Peranan ahli akademik sebagai ‘trainer’ yang berpengalaman dan bertauliah.
  • Manfaat pensijilan ini dalam meningkatkan profesionalisme dan daya saing.

Kenangan bersama Para Penceramah pada Hari Pertama Sesi Taklimat

Sepanjang dua hari sesi taklimat, para peserta turut diberikan peluang untuk bertukar pandangan dengan pakar-pakar dalam bidang pengurusan fasiliti. Sesi ini juga membuka ruang untuk perbincangan mendalam tentang strategi dan kerangka kerja yang diperlukan untuk melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti.

Dengan penganjuran taklimat seperti ini, universiti terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasakan ilmu pengurusan fasiliti, bukan sahaja dalam kalangan akademik tetapi juga sebagai sokongan kepada pembangunan modal insan negara.

Kenangan bersama Para Penceramah pada Hari Terakhir Sesi Taklimat

Tahniah kepada semua yang hadir! Semoga inisiatif ini memberi manfaat besar kepada bidang pendidikan dan latihan pengurusan fasiliti di masa hadapan.