Inovasi UTM 2022

Pada tahun ini, 20 projek Inovasi menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan UTM. Daripada jumlah projek tersebut, 2 projek menerima penarafan 5 bintang (EMAS).

Empat projek KIK yang dapat EMAS semasa konvensyen KIK UTM KE-14 tahun 2021, kita hantar 3 team menyertai konvensyen kik peringkat Universiti Awam Malaysia kali ke-16. UTHM jadi tuan rumah kali ni.

Alhamdulillah ketiga-tiga team dapat EMAS.

Manakala KIK peringkat antarabangsa (ICQCC) pula, QRIM hantar team TE UTM SRIKANDI. International Convention QC Circle (ICQCC) pada kali ini diadakan di Jakarta, Indonesia, 15-18 November 2022. Alhamdulillah projek inovasi team ini beroleh penarafan EMAS.

Konvensyen KIK Ke-15 UTM akan diadakan pada 12 Disember 2022. Asalnya 4 team hantar penyertaan. Namun, 2 team KIK sahaja yang dinilai projek inovasi nya. Agak kecewa juga bila tiada satu projek inovasi dari AIP yang hantar penyertaan utk konvensyen KIK kali ini.

https://qrim.utm.my/

Inovasi UTM 2021

Tahun 2021, saya mula menguruskan Anugerah inovasi Perkhidmatan UTM. 24 tajuk projek inovasi menyertai anugerah ini. namun, 1 projek yang berjaya diberi penarafan EMAS.

Tahun 2021, KIK peringkat UTM mempertandingkan 8 projek inovasi. Daripada penyertaan ini 4 projek berjaya dapat EMAS.

Itu di peringkat UTM. Di peringkat wilayah (RISTEx) dan kebangsaan (ARISE), projek KIK UTM SRIKANDI telah memperolehi penarafan EMAS di mana kedua2nya adalah anjuran MPC.

Sebenarnya semua projek boleh dapat EMAS. Ikut je kriteria yang diperlukan & buktikan dengan data. Dah ada semua info, masa bentang biasa dah tiada masalah byk.

https://qrim.utm.my/