Perintah Kawalan Pergerakan

HARI NI BERMULA PKP FASA 4..

Takkan sesekali aku lupa, …

18 MAC – 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR – 14 APR 2020 fasa 2
15 APR – 28 APR 2020 fasa 3
29 APR – 12 MEI 2020 fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh Malaysia

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya.

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja – kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what’s app.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai – lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai – kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Xtvt riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah – rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak – kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak – rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang – kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 “Mendatarkan lengkung graf” itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata ” Kita lakukan ini bersama” dan “Kita harus menang”

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain – sayangi antara satu sama lain – dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#stayathome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang

Nyeri Tulang Ekor (Coccydynia)

Keadaan ini yang sedang dirasai (mungkin sudah lebih dua bulan mengalaminya). Kalau secara am atau secara kasar bila bercerita tentang keadaan sakit yang dirasai, kawan-kawan dan juga ahli keluarga akan terfikirkan kita sakit tulang belakang. Sebenarnya bukan bahagian tulang belakang tetapi tulang ekor/tongkeng.

Rasa sakit yang sangat terasa apabila telah duduk lama dan ingin menukar posisi duduk atau daripada posisi duduk dan bergerak untuk bangun. Dua keadaan ini sangat terasa sakitnya. Bahkan apabila duduk ketika memandu kereta atau hanya duduk sebagai penumpang juga terasa sakit. Jadi, tak boleh la duduk memandu jarak jauh atau terlalu lama. Tak pernah pun sebenarnya memandu jarak jauh hihi…

Satu lagi keadaan apabila duduk berbasikal. Pada awalnya cuba juga melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal bersama kawan-kawan. Tujuannya untuk mengeluarkan peluh. Kalau ikutkan memang terasa sakitnya, tetapi tak mahu ikutkan sangat rasa sakit tu. Makanya, libatkan diri juga untuk kali kedua dalam  aktiviti berbasikal. Namun baru separuh perjalanan dah mengalah.. tidak tahan kesakitan yang dirasai..tidak mahu ambil risiko terhenti la aktiviti berbasikal buat sementara waktu.

Akhirnya pergi juga la ke klinik. Di klinik selepas 5 minit perbualan dengan doktor dan tunjuk di kawasan mana rasa sakit tu, ooo bukan di pinggang ye.. doktor juga ingat kita sakit tulang belakang atau bahagian pinggang. Permulaan ni doctor hanya bagi ubat tahan sakit (voltaren) dan krim sapuan. Selepas 2 minggu jika masih sakit perlu datang ke klinik semula untuk buat xray dan seterusnya mungkin fisoterapi.

Semoga penyakit ini hilang dengan segera. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.

Google sahaja “sakit tulang ekor” pasti banyak laman sesawang yang bercerita tentang ini, boleh baca untuk maklumat lain.

New member in our family

 

We are very excited about welcoming a new member of the family, a daughter!

Life is so full of miracles. Just like our newest family member, a sweet baby girl. She came and turned our home into a piece of heaven.

She came and stole our heart with her innocence. Now the only thing that matters to us is taking care of our baby beauty queen.

D.O.B 8 September 2019

Penghijrahan

Hijrah (هِجْرَة), bermaksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.

Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.

Bagaimanakah penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan?

Nikmat Bersedekah

Image

Bersedekahlah. Semakin memberi, semakin kaya!

Mesti akan ada terkeluar ayat “Tang mana kayanya? Sekarang ada RM10. Bagi RM10, apa yang ada lepas tu? Kaya ke tu?

“Rasulullah SAW bersabda, tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang itu memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah melainkan darjatnya akan diangkat oleh Allah. Hadis riwayat Muslim,”

situasi ketika sedang duduk makan :

Datang seseorang memberi salam, katanya nak pinjam duit sebab dompet tertinggal. Nak beli makanan. Beriyer-iyer dia minta nombor akaun untuk dia pulangkan duit yang dipinjam. Pada masa ni tak perlulah kita fikir yg negatif.. ye ke budak ni dompet tertinggal..ntah-ntah bohong…saje je nak minta-minta orang duit…tak baik kan salah sangka kat orang lain. Hulurkanlah duit yang diperlukan oleh orang tadi dan niatkan sedekah. Anggap rezeki dia hari ni ada orang belanja makan dan rezeki kita ada peluang untuk bersedekah. Ya Allah nikmat yang dirasai selepas hari kejadian..sangat-sangat menginsafkan dan sangat memberikan kesan.

Ketika kita dalam kesempitan, bersedekahlah, Allah akan lapangkan jalan kita. Walaupun kita rasa sangat sempit, tapi hati kita rasa lapang je. Itu la antara nikmat sedekah yang Allah berikan pada kita. Andai kita rasa rezeki kita milik kita seorang maknanya kita salah menggunakan nikmat Allah. Disebalik rezeki yang kita ada, terselit bahagian orang lain dan kita sebagai pengantara. Didiklah jiwa kita, rajin berkongsi rezeki dengan orang lain.

Kuasa sedekah sangat hebat!

Khasiat Kurma Yang Luar Biasa

Link

7 Khasiat Kurma Yang Luar Biasa Untuk Ibu Hamil. Jom Amalkan!

Sebenarnya, kurma patut kita amalkan bukan saja ketika bulan Ramadhan, tetapi juga pada hari-hari biasa. Bagi ibu hamil juga, ia memberi pelbagai kelebihan yang luar biasa.

Berikut adalah khasiat kurma untuk ibu hamil menurut kajian dan laporan sains.

  1. Membekalkan tenaga
  2. Baik untuk perkembangan bayi
  3. Melancarkan pencernaan
  4. Mencegah anemia
  5. Mengekalkan keseimbangan elektrolit tubuh
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. melancarkan penyusuan susu ibu

Ada pelbagai cara menikmati kurma – ia boleh dimakan begitu saja, dimasukkan dalam bijirin atau oatmeal, sebagai minuman atau smoothie,atau dijadikan pemanis semulajadi dalam kek mahupun biskut diet.

Jadi, jom amalkannya bersama seisi keluarga!

https://zuriat.my/khasiat-kurma-untuk-ibu-hamil/

Aktiviti Riadah 2018

      

        

Aktiviti mengeluarkan peluh. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan atau dilakukan. Berjalan kaki, berlari, aerodance, menyertai fun run, dan sebagainya. Aktiviti senaman seperti senamrobik atau berjalan kaki boleh dijadikan aktiviti/acara mingguan yang boleh diamalkan oleh setiap individu. Bergantung kepada individu itu sendiri.. mahu atau tidak.. nak ke tak nak senam tak ke tak senam.. hehe

Aktiviti ini bertujuan menggalakkan kita mengekalkan kecergasan untuk kesihatan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan yang sama-sama bersenam atau beraktiviti.