Bersedekahlah. Semakin memberi, semakin kaya!

Mesti akan ada terkeluar ayat “Tang mana kayanya? Sekarang ada RM10. Bagi RM10, apa yang ada lepas tu? Kaya ke tu?

“Rasulullah SAW bersabda, tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang itu memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah melainkan darjatnya akan diangkat oleh Allah. Hadis riwayat Muslim,”

situasi ketika sedang duduk makan :

Datang seseorang memberi salam, katanya nak pinjam duit sebab dompet tertinggal. Nak beli makanan. Beriyer-iyer dia minta nombor akaun untuk dia pulangkan duit yang dipinjam. Pada masa ni tak perlulah kita fikir yg negatif.. ye ke budak ni dompet tertinggal..ntah-ntah bohong…saje je nak minta-minta orang duit…tak baik kan salah sangka kat orang lain. Hulurkanlah duit yang diperlukan oleh orang tadi dan niatkan sedekah. Anggap rezeki dia hari ni ada orang belanja makan dan rezeki kita ada peluang untuk bersedekah. Ya Allah nikmat yang dirasai selepas hari kejadian..sangat-sangat menginsafkan dan sangat memberikan kesan.

Ketika kita dalam kesempitan, bersedekahlah, Allah akan lapangkan jalan kita. Walaupun kita rasa sangat sempit, tapi hati kita rasa lapang je. Itu la antara nikmat sedekah yang Allah berikan pada kita. Andai kita rasa rezeki kita milik kita seorang maknanya kita salah menggunakan nikmat Allah. Disebalik rezeki yang kita ada, terselit bahagian orang lain dan kita sebagai pengantara. Didiklah jiwa kita, rajin berkongsi rezeki dengan orang lain.

Kuasa sedekah sangat hebat!