Keadaan ini yang sedang dirasai (mungkin sudah lebih dua bulan mengalaminya). Kalau secara am atau secara kasar bila bercerita tentang keadaan sakit yang dirasai, kawan-kawan dan juga ahli keluarga akan terfikirkan kita sakit tulang belakang. Sebenarnya bukan bahagian tulang belakang tetapi tulang ekor/tongkeng.
Rasa sakit yang sangat terasa apabila telah duduk lama dan ingin menukar posisi duduk atau daripada posisi duduk dan bergerak untuk bangun. Dua keadaan ini sangat terasa sakitnya. Bahkan apabila duduk ketika memandu kereta atau hanya duduk sebagai penumpang juga terasa sakit. Jadi, tak boleh la duduk memandu jarak jauh atau terlalu lama. Tak pernah pun sebenarnya memandu jarak jauh hihi…
Satu lagi keadaan apabila duduk berbasikal. Pada awalnya cuba juga melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal bersama kawan-kawan. Tujuannya untuk mengeluarkan peluh. Kalau ikutkan memang terasa sakitnya, tetapi tak mahu ikutkan sangat rasa sakit tu. Makanya, libatkan diri juga untuk kali kedua dalam aktiviti berbasikal. Namun baru separuh perjalanan dah mengalah.. tidak tahan kesakitan yang dirasai..tidak mahu ambil risiko terhenti la aktiviti berbasikal buat sementara waktu.
Akhirnya pergi juga la ke klinik. Di klinik selepas 5 minit perbualan dengan doktor dan tunjuk di kawasan mana rasa sakit tu, ooo bukan di pinggang ye.. doktor juga ingat kita sakit tulang belakang atau bahagian pinggang. Permulaan ni doctor hanya bagi ubat tahan sakit (voltaren) dan krim sapuan. Selepas 2 minggu jika masih sakit perlu datang ke klinik semula untuk buat xray dan seterusnya mungkin fisoterapi.
Semoga penyakit ini hilang dengan segera. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.
Google sahaja “sakit tulang ekor” pasti banyak laman sesawang yang bercerita tentang ini, boleh baca untuk maklumat lain.
Recent Comments