+607-5534226 zuhaila@utm.my

Biography

Pada 26 November 1982, saya telah dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang. Ibu bapa saya ialah Haji Ismail bin Mat Hanif dan Hajah Zaiton binti Mohd Yusof dan saya merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik.

Saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Juara di Cherok To’kun dan kemudian saya menyambung pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabuddin (SMSTSSS) yang dulu pernah dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang.

Pada tahun 2000, saya telah memasuki Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Matematik Industri) pada tahun 2004 dan Ijazah Sarjana (Matematik) pada tahun 2006. Pada tahun 2013, saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah khusus dalam bidang Matematik Gunaan di Southampton University di United Kingdom.

Saya telah berkhidmat di UTM lebih dari 14 tahun. Saya telah memulakan kerjaya di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains sebagai tutor pada November 2004. Pada Mei 2006, bermulalah tugas saya sebagai seorang pensyarah dan dilantik sebagai pensyarah kanan pada September 2013 sehingga sekarang.

Semasa di UTM, saya telah bertemu jodoh dengan Shahril Ridwan bin Haji Abd. Khalid, juga seorang kakitangan di UTM dan telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Kami dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Alaa Delisha Imani, Alaa Khayla Imtinan dan Alaa Yousra Illiyin.


I was born in Butterworth, Pulau Pinang on 26 November 1982 to Haji Ismail bin Mat Hanif and Hajah Zaiton binti Mohd Yusof. I am the third of fourth siblings.

I received my primary education in Sekolah Kebangsaan Juara in Cherok To’kun and before enrolling into Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabuddin (SMSTSSS) formerly known as Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang for my secondary education.

In 2000, I pursued my bachelor degree in University Technology Malaysia (UTM) in Bachelor of Science (Industrial Mathematics) that was completed in 2004. I continued my Master of Science (Mathematics) degree soon after and completed the course in 2006. In 2013, I was awarded the Doctor of Philosophy in Applied Mathematics in Southampton University, United Kingdom.

Throughout my career life, I have been serving UTM for more than 14 years. I started my journey in UTM back in November 2004 as a tutor in Department of Mathematical Sciences, Faculty of Science. In May 2006, I was promoted to be a lecturer and was appointed as a senior lecturer in September 2013 until now.

I met with my other half, Shahril Ridwan bin Haji Abd. Khalid, who is also a staff member of UTM. We tied the knot in February 2012 and are blessed with three children; Alaa Delisha Imani, Alaa Khayla Imtinan and Alaa Yousra Illiyin.