Cara Install WordPress

Bagaimanakah cara untuk install WordPress?

Anda boleh memasang WordPress melalui cPanel.  cPanel adalah sistem yang digunakan untuk mengawal atau menguruskan server (hosting server ) anda.

Sewaktu anda membeli hosting server (dan juga domain) untuk laman web daripada mana-mana syarikat yang menjual servis hosting server, anda akan diberikan satu akaun untuk server anda.

Di dalam akaun tersebut terdapat pautan untuk anda mengakses bahagian cPanel. Klik pautan tersebut.

Selain daripada itu, anda boleh mengakses cPanel anda dengan menaip alamat berikut pada browser anda.

www.domainanda.com/cpanel

Gantikan perkataan “domainanda” dengan domain website anda.

Cara mengakses cPanel:

  1. Melalui akaun web hosting anda
  2. Dengan menambah ‘/cpanel’ pada hujung domain anda – www.domainsaya.com/cpanel

Cara ke-2 yang dinyatakan diatas memerlukan anda untuk memasukkan butir-butir log masuk (id dan password). Butir-butir ini selalunya dikirimkan ke email anda oleh pihak penjual web hosting server.

Struktur cPanel kelihatan seperti berikut:

dashboard cpanel

Rupa bentuk cPanel anda mungkin agak berbeza bergantung kepada tema cPanel yang ditentukan oleh pihak pengurusan hosting server anda.

Untuk memasang atau install wordpress, pergi ke bahagian softaculous apps installer dalam cPanel. Softaculous apps installer terletak pada bahagian paling akhir dalam cPanel.

bahagian softaculous app installer

Klik ikon WordPress. Ini akan membawa anda ke laman baru yang kelihatan seperti berikut.

bahagian utama install wordpress melaui softaculous

Klik pada pilihan tab Install untuk membawa anda ke bahagian setting sebelum install.

Setting untuk install WordPress

Pastikan domain anda sudah diaktifkan sebelum install WordPress!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *