Trip to Hatyai 3hari 2malam.

Assalammualaikum, Cuti Deepavali 3 ari, kami pergi ke Hatyai bersama keluarga. Sangat mencabar sebab kami main redah je di musim perayaan ni. Alhamdulillah anak semua tak banyak ragam, malah aktif. Masing2 pun tak sabar kan nak naik bas dan train.

Sebelum tu kami tukar duit RM ke THB sebanyak 3500thb sahaja atau = rm517.00

Khamis
(24-10-2019)
12.30 pagi: bertolak dari hentian bas kulai ke TBS.
Sebab tiket sold out ye ke utara.
Harga tiket 4seat rm120.
Sampai di TBS jam 4.30 pagi.

Beli tiket ke Alor Setar sbb ke pdg besar semua da sold out. Alhamdulillah nasib ada lagi yang nak ke utara. Kalau tak trip ke KL ajelah.

 

Jumaat
(25-10-2019)
9.00 pagi: Bergerak dari TBS ke Hentian Bas Alor Setar.
Harga tiket 4seat rm201.60

3.45 ptg: Sampai ke Hentian Bas Alor Setar.
4.00 ptg: Naik kereta sapu ke Stesen kereta api.
Harga rm15.

4.30 ptg: Komuter Alor Setar ke Padang Besar.
Harga total rm15 untuk 2dewasa 2kanak-kanak.

5.30 ptg: Sampai ke Padang Besar, amek kereta utk ke sempadan dan serahkan passport. Memandangkan hari dah gelap kereta yg hantar kami tadi menawarkan utk hantar ke hotel yg ktorg duduk. Ktorg share dgn 2org penumpang yg nak ke Krabi.
Harga tambang 800bath.
Sampai di hotel, terus check in. Hotel dah book awal2 melalui agoda. Semalam rm57, book 2 malam dn 2 bilik. Sbb bilik yg tgl hanya single room.

Pulut mangga yang sangat sedap. Masa ni makan di Floating Market, masa ni tengah panas.

Disini mmg Syurga makanan, ni di Asean Night Market, makanan dan air dorang mmg sedap2. Kerabu meggi dia pun banyak dan sedap. Udang besar tu banyak dijual disini.

Ahad
(27-10-2019) – Balik

3.00 ptg: naik train srt, tambang rm7 (waktu thailand)
4.15 ptg: sampai pdg besar.
Turun train kena bratur cop passport keluar thailand.Lepas tu baru masuk kastam Malaysia…kat sini kena sabar sikit sbb time cuti mmg ramai org.

5.55 ptg : naik komuter ke butterworth.
Harga tiket rm11.40 dewasa rm5.90 kanak2..4thn kebawah free.

9.00 mlm : naik bas butterworth ke larkin.
Harga tiket rm252 utk 4seat.

Isnin
(28-10-2019)
9.05 pagi : naik bas henti2 dari larkin ke kulai.
Harga tiket rm11.40 utk 4seat.

Rm162.40 seorang
Rm649.60 4 orang

Tukar duit rm – thb
Rm420 – 3000thb
Rm97 – 500thb
*Total : RM517.00

Grand total RM1166.60 -+ RM1200 , rania tambang sume tak masuk sekali.

Tips :
1. Beli tiket awal kalau musim perayaan. Tapi akk mmg nak adventure, mmg beli tiket ikut masa yg ada.
2. Sebelum naik bas/train, pastikan anak2 semua da buang air besar/kecil.
3. Sementara nak tunggu bas/train,bole solat dulu.
4. Di hatyai, kena deal harga grab atau tuk2..korang pilihlah yg mna murah.
5. Tumpuan ramai di Lee Garden, so korg boleh book hotel area situ…tak perlu naik public transport.

Public Transport :

Kulai – TBS : Bas express (transnasional)
TBS – Alor Setar : Bas express (pancaran matahari)
Hentian Alor Setar – Stesen ktmb : kereta sapu
Alor Setar – Padang serai : Komuter
Padang besar – Hatyai : kereta sapu (sbb da ptg ketapi ngan van takde)
Hatyai – pdg besar : SRT trains
Pdg besar – butterworth : komuter
Butterworth – Larkin : bass express (super nice)
Larkin – Kulai : Bas Henti2