Setelah diteliti, beberapa silinder gas yang terdapat di bangunan N31 telah lama tidak digunakan. Oleh yang demikian, setelah mengadakan mesyuarat khas berkenaa silinder gas, mesyuarat telah memetuskan untuk memulangkan semua silinder yang tidak digunakan.

Antara syarikat yang terlibat dalam proses pemulangan ialah Mega Mount Industrial Gas Sdn Bhd dan syarikat Linde Malaysia Sdn Bhd.

Namun begitu terdapat beberapa silinder gas yang masih lagi berada di N31. Silinder tersebut bersambung dengan beberapa instrumen di N31.

Silinder tersebut juga mungkin akan digantikan dengan yang baru kerana menurut wakil dari syarikat Linde Mr Lok, silinder yang terlalu lama akan mengganggu ketulenan kandungan gas di dalam silinder tersebut. Jangka hayat sesuatu silinder sepautunya tidak lebih dripada 5 tahun. oleh sebab itu, mereka biasnya akan menasihati pelanggan agar menukar silinder setiap 5 tahun bagi menjamin kualiti gas yang terdapat di dalam sesuatu silinder.