Hanya itu yang mampu dikatakan bagi insan yang telah pergi selamanya dalam hidup kita. Hanya doa dapat dikirimkan agar mereka bersama mereka yang soleh dan solehah.

Nenek & atok sebelah ayah dua-duanya telah pergi menghadap Ilahi. Perginya atok pada tahun 2019. 18 Oct 2019 sehari sebelum tarikh harijadi dan 2 hari sebelum mak & ayah berangkat ke Tanah suci untuk mengerjakan umrah. Nenek pula pergi beberapa bulan selepas kehilangan atok. Pada awal tahun 2020. Waktu negara sedang berPKP. Kami yang berada jauh diperantauan hanya dapat mendengar berita dan mendoakan dari jauh. Tidak dapat pulang ke kampung disebabkan sekatan untuk merentas negeri pada waktu itu.

Atok sebelah mak pun dah lama tiada. tahun 2010 tk silap. Waktu tue tengah sambung belajar di UTEM, Melaka. Sampai je di kampung semua dah selesai.  Sangat terasa sebab rapat sangat dengan arwah.

Al-Fatihah untuk yang telah tiada…..