Archives for December 2022

Usaha, Doa dan Tawakal Kunci Kejayaan

Berdoalah kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan, pasti Dia akan makbulkan. Baik atau buruk hasil sesuatu perbuatan yang sudah atau sedang kita laksanakan semuanya ditentukan Allah SWT.

Selepas berusaha, kita hanya perlu berserah sepenuhnya kepada Allah SWT bagi menentukan hasilnya. Namun, dalam kalangan umat Islam masih ada yang kurang memahami konsep doa dan tawakal sehingga menyekat usaha menangani sesuatu perkara yang dihadapi.

Dalam laporan akhbar ketika musim haji baru-baru ini, dipaparkan mengenai isu jemaah haji yang mempunyai penyakit kronik, namun ada yang berhenti mengambil ubat dibekalkan doktor kerana mengharapkan makbulnya doa di Tanah Suci sehingga boleh menyembuhkan penyakit mereka.

Makkah memang bumi yang diberkati Allah dan doa yang dipohon pasti akan diperkenankan-Nya. Bagaimanapun, hakikat itu bukan hujah untuk meninggalkan usaha memulihkan penyakit kita.

Situasi kurang menyenangkan itu mendapat perhatian Ketua Unit Kesihatan Awam Tabung Haji (TH), Dr Suhaila Osman yang menyatakan salah faham mengenai konsep doa dan tawakal itu didapati masih berlaku dalam kalangan jemaah haji Malaysia.

Menurutnya, kes sedemikian dikesan hasil kunjungan dari bilik ke bilik yang dilakukan bertujuan memberi khidmat nasihat serta memantau jika ada jemaah yang memerlukan rawatan.

Itu adalah pandangan atau konsep doa yang salah. Jemaah yang ada penyakit perlu terus mengambil ubat dan tidak boleh menganggap penyakit itu boleh sembuh hanya dengan berdoa saja.

Sedangkan berdoa dan bertawakal tidak sama sekali menafikan usaha yang perlu dilakukan. Baginda SAW memberitahu dalam satu sabdanya yang bermaksud: “Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada Allah sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturahim, melainkan Allah akan memberi kepadanya menerusi satu daripada tiga cara iaitu diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan untuknya di akhirat kelak atau Dia menghindarkan daripadanya sesuatu keburukan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Lalu sahabat Baginda berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!” Jawab Baginda, “Allah lebih banyak memberikan ganjarannya.”

Hadis memperkatakan berkenaan arahan berdoa kepada Allah itu sebenarnya bukan mahu membentuk seseorang Muslim berperibadi pasif tanpa berusaha.

Sebaliknya, arahan Baginda itu supaya umat Islam selalu berdoa kepada Allah. Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan meletakkan untuknya ubat kecuali satu penyakit iaitu tua.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kita perlu berusaha mengubati sesuatu penyakit yang ditanggung. Imam an-Nawawi menyatakan hadis Baginda SAW banyak mengisyaratkan supaya kita mendapatkan rawatan sekiranya ditimpa sakit.

Itulah juga pegangan Mazhab Imam Syafi’i, malah dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan keseluruhan ulama khalaf. Demikian juga dalam pengertian konsep bertawakal kepada Allah, masih ada ber-anggapan sempit dengan menyerahkan seluruh urusan kepada ketentuan Allah tanpa didahulukan dengan usaha.

Baginda SAW sendiri bersama sahabatnya mendahulukan usaha untuk mencapai sesuatu visi dan misi. Dalam peristiwa hijrah, adakah Baginda dan sahabatnya, Saidina Abu Bakar hanya menyerahkan bulat-bulat kepada ketentuan Allah tanpa berusaha dan membuat perancangan rapi?

Sebelum peristiwa hijrah itu, mereka melakukan pelan tindakan terlebih dahulu dengan menyusun atur strategi terbaik termasuk perincian risiko yang terpaksa dihadapi, namun doa dan tawakal tetap dijulang tinggi.

Ketika di dalam Gua Thur, Saidina Abu Bakar begitu cemas memikirkan keselamatan diri Rasulullah SAW apabila menyedari mereka berdua diancam musuh Musyrikin Makkah.

Dengan tenang, Baginda menyantuni sahabatnya dengan bersabda: “Jangan bersedih, Allah bersama kita.”

Kisah insan agung itu seharusnya menginsafkan kita bahawa perancangan teliti disusuli dengan doa penuh pengharapan serta sentiasa bertawakal sepenuhnya kepada Allah adalah faktor munculnya hasil yang baik.

Demikian juga dalam apa saja bidang kerja harian kita, perancangan, doa dan tawakal perlu sentiasa seiring. Jangan ditinggalkan salah satu daripada ‘tiga serangkai’ konsep penting itu.

Insya-Allah, berkat usaha berterusan doa dan tawakal, apa saja termasuk penyakit yang dihidapi atau kesulitan menghadapi sesuatu pekerjaan bakal meninggalkan impak positif kepada kita dengan izin-Nya.

THE POWER OF SYUKUR .

Orang yg bersyukur, dia akan kurang merungut manakala orang yg merungut, dia akan kurang bersyukur.

Kenapa syukur itu penting?

Untuk membina kejayaan dunia akhirat dalam kewangan, kebahagiaan, kesihatan, keberkatan itu wujud dengan kesyukuran.

Barang siapa yg bersyukur dengan nikmat ku kata Allah ,nescaya aku tambah lagi nikmat itu.

Buahan dan dedaun yg lebat dan cantik bermula dari dasar yg sihat. Umpama kita juga mahukan hasil hasil hidup yang cantik, kasih syg, bahagia, hidup yang tenang, kita nak apa jua perkara. Klu nak byk, mari kita audit adalah byk nya itu sama dengan tahap kesyukuran kita?

Apabila kita fokus byk perkara positif, perkara positiflah yg akan di tarik ke dalam hidup kita.

Terlalu byk nikmat Allah kurnia kpd kita, nikmat bercakap, nikmat nafas, nikmat kerlipan kata, nikmat mata, nikmat lidah, dan mcm mcm. Di saat anda tersadar perihal ini, rezqi kita semua akan meningkat dan terus meningkat tanpa noktah!

Ramai orang asyik bercerita ttg masalah, mulai saat ini jom kita tukar reverse psiko , adalah hikmah tu. Allah x mungkin jadikan sesuatu dgn sia sia. Tak mungkin Allah jadikan tayarkan kita pancit ,sengaja zalim. Allah mahukan yg terbaik kpd setiap makhluknya. Kalau kita bijak, ambil manfaatnya dan kalau kita tak bijak kita akan nampak masalahnya.

Baja untuk bersyukur ?.

The momen kita belajar utk ucap terima kasih, berdoa, puji pujian kpd Allah , semakin Allah nak lg memberi lagi byk rezeki pada kita.

Belai lidah utk belajar ucap terima kasih kpd semua, jadi semakin hati hati manusia ini mahu memberi lebih kepada kita.

Menziarahi orang sakit & kurang bernasib baik membuatkan kita semakin bersyukur .

Bersedekah juga adalah cara mudah kita membaja kesyukuran.

Kadang2 syukur itu semudah kita mendongakkan lidah ke atas lelangit mulut sambil mengungkap ” Allah Allah Allah ” di dalam hati

Ada TASK!Cuba fikir sejenak, cuba senaraikan apa 10 perkara yg best tentang hidup anda?

Alhamdulillah syukur aku ada Allah,aku punya mata, Alhamdulillah aku ada Ibu dan Ayah, mulakan dgn Alhamdulillah..

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi

Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi

Kerap didengari oleh kita semua. Mengapa perlu kita berselawat ke atas Nabi? 

Pastinya setiap sunnah ada sebab atas suruhannya.

Mengapa Perlu Selawat Ke Atas Nabi 

Selawat atau zikir adalah ibadah yang disyariatkan (masyru’) oleh agama Islam. Ada juga sekumpulan ulama menyatakan selawat adalah satu juzuk daripada zikir.

Oleh itulah Allah SWT menuntut kita untuk berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Selawat ke atas nabi adalah satu wasilah (jalan) untuk mendapatkan cinta Allah SWT.

Kedua-dua selawat dan zikir adalah tuntutan di dalam syarak kerana ada banyak dalil yang menyeru semua umat Islam untuk melaziminya.

Asal-Usul Zikir Dan Selawat 

Selawat adalah daripada perkataan jama’ bagi solat yang bermaksud doa atau pujian.

Makna setiap selawat juga berbeza. Selawat Allah adalah pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi. Selawat malaikat pula ialah doa tambahan gandaan pahala. 

Akhir sekali selawat orang mukmin ialah doa dan pengharapan agar Allah SWT melimpahkan rahmat, menambah kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Nabi Muhammad SAW.

Zikir pula dari segi bahasa membawa makna; mengingati.

Istilahnya, zikir ialah perkara yang dilakukan untuk mengingati Allah SWT dengan cara-cara yang boleh dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Mengapa Perlu Berzikir Dan Berselawat?

Jawapannya mudah. Selawat dan zikir adalah sunnah yang memberikan pahala.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

al-Ahzab: 56

Tuntutannya dari al-Quran:

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.”

al-Ahzab: 41

Firman Allah SWT:

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Maksudnya: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.”

al-Insan: 25

Jangan lupa juga untuk berselawat setiap hari Jumaat seperti dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” 

Riwayat al-Baihaqi (5995)

Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” 

Riwayat Muslim (384)

Kelebihan Zikir dan Selawat Ke Atas Nabi

Diampunkan Dosa, Diangkatkan Darjat

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, niscaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” 

HR. An Nasa’i

Semudah berselawat, dosa akan terhapus. Sememangnya Allah sangat suka memberikan kemaafan sehingga ingin meminta maaf pencipta kita, cumalah dengan berselawat.

Dicukupkan Keperluan Mereka

Rasulullah bersabda:

إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Maksudnya: “Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” 

HR al-Tirmizi – dinilai Hasan

Jika ada yang merasakan tidak cukup dalam kehidupan tetapi masih meletakkan pengharapan kepada Allah SWT, berselawatlah.

Ini apa yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ubai.

Kadangkala kekurangan itu akan diisi dengan keberkatan rezeki yang lain seperti rakan atau sahabat yang membantu.

Doa Lebih Mudah Dimakbulkan

Sabda Rasulullah ﷺ:

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” HR al-Tabrani 

Awalkan atau akhirkan doa dengan membaca selawat atau zikir. Insya-Allah doa anda akan dimakbulkan.

Ingin tahu bagaimana doa dimakbulkan Allah?

Baca di sini: Bagaimanakah Allah Mengabulkan Doa Hambanya?

Yang pastinya, Allah akan memakbulkan doa yang diminta selagi doa itu yang sebaiknya untuk kita. 

Dekat Dengan Nabi Pada Hari Kiamat

Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

Maksudnya: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” 

HR al-Tirmizi – dinilai Hasan

Pasti ada di antara kita inginkan untuk berada di samping Nabi SAW di akhirat. Jika sebelum ini kita tak pernah pun berjumpa dengan Nabi tetapi merindui junjungan kita, berselawatlah.

Mungkin bukan Nabi SAW sahaja yang kita akan ketemui. Tetapi tokoh Islam yang lain yang sama-sama berselawat kepada Nabi SAW.

Mudah bukan untuk mendapat keberkatan? Lakukan apa yang dianjurkan, jauhkan perkara yang salah. Jika terjebak dengan kesalahan, bertaubatlah kerana Allah SWT sangat sukakan taubat dan sangat suka memberi kemaafan.

SAYYIDUL ISTIGHFAR

No photo description available.

Hadith Berkenaan Sayyidul Istighfar

Maksud Sayyidul Istighfar ialah Penghulu Segala Istighfar.

Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. 

[Riwayat al-Bukhari (6306)]

Dijamin Syurga Untuk Pembaca Sayyidul Istighfar

Sabda Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama:

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.

Keutamaan Beristighfar

Istighfar dalam pengertian (Bahasa Arab: إستغفار) adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan.

Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar.

Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. 

[Riwayat al-Bukhari (6307)]

Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Selain istighfar, jangan lupa untuk disertai dengan taubat nasuha.

Ringkasan Tafsir Surah Al-Fatihah

SURAH AL-FATIHAH  diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.

Surah ini juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) atau “Ummul Kitab” (induk Al-Kitab) kerana ia merupakan induk dan intisari bagi isi kandungan al-Quran. Al-Bukhari mengatakan: “Dinamakan dengan Ummul Kitab kerana surah tersebut menjadi surah pembuka dalam penyusunan mashafnya, dan juga menjadi pembuka pada bacaan dalam solat.”

Dinamakan juga “As-Sab’ul matsaani” (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya yang tujuh dibaca berulang-ulang dalam solat. 

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١

  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢

  1. Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta

ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣

  1. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤

  1. Yang menguasai Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥

  1. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦

  1. Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

  1. (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Pengajaran

Antara keutamaan surah Al-Fatihah:

  1. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda kepada Abu Sa’id bin al-Mu’alli Radhiallahu ‘anhu: “Aku akan mengajarkan kamu surah paling agung dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid.” Abu Sa’id berkata: “Kemudian baginda menggamit tanganku dan ketika baginda hendak keluar dari masjid, aku berkata kepada baginda: ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya engkau mengatakan bahawa engkau akan mengajarku surah paling agung yang terdapat dalam al-Quran.’” Maka baginda bersabda: “Ya, ia adalah ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ , ia adalah sab’ul matsani dan al-Quran al-‘Azim yang telah diberikan kepadaku.” (Hadits riwayat Bukhari)
  2. Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Allah tidak pernah menurunkan dalam taurat ataupun injil ataupun surah, sepertimana Ummul Quran, ia adalah sab’ul matsani…” (Hadits riwayat Nasa-i)
  3. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radhiallahu ‘anhu berkata: “Kami berada dalam sebuah perjalanan kemudian kami singgah sebentar pada satu kaum. Tiba-tiba seorang budak wanita datang menghampiri dan berkata: ‘Pemimpin kaum kami diserang demam, orang kami sedang tiada, apakah antara kamu dapat melakukan ruqyah (jampi)?’. Kemudian salah seorang daripada kami, yang kami anggap dapat melakukan ruqyah, berdiri bersamanya. Kemudian meruqyah pemimpin tersebut sehingga dia benar-benar sembuhKemudian pemimpin itu memerintahkan agar menyembelih tiga puluh ekor kambing dan memberikan kami susu.Ketika dia (yang mengubati pemimpin) kembali, kami bertanya kepadanya: ‘Apakah engkau mengubatinya atau engkau meruqyahkannya?’. Dia menjawab: ‘Tidak, aku tidak melakukan apa-apa kecuali membacakan Ummul Kitab kepadanya’. Kami berkata: ‘Jangan membacakan apa pun sehinggalah kita mengadap Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan menanyakan hal ini kepada baginda’.Ketika kami telah sampai di Madinah, kami menceritakan hal tersebut kepada baginda, kemudian baginda bersabda: ‘Apakah kamu tahu yang seperti itu adalah ruqyah?’. Kemudian baginda bersabda lagi: ‘Kamu telah berbuat benar, bahagikanlah dan sisakanlah untuk satu bahagian’”. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
  4. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sedang bersama kami, di samping beliau ada Jibril. Tiba-tiba terdengar suara di atas, lalu Jibril mengangkat pandangannya ke langit dan berkata: ‘Ini adalah pintu yang dibukakan dari langit setelah tidak dibuka sama sekali’. Ibn Abbas berkata: ‘Lalu turunlah para malaikat menghampiri Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, berkata: ‘Aku datang memberikan khabar gembira dengan membawa dua cahaya yang belum pernah diberikan kepada para Nabi sebelum engkau, iaitu: Fatihatul Kitab (al-Fatihah) dan ayat-ayat terakhir daripada surah al-Baqarah. Tidaklah engaku membaca satu huruf daripadanya kecuali aku akan mendatangimu.’” (Hadits riwayat Muslim dan Nasa-i)
  5. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, baginda bersabda: “Barangsiapa yang melakukan solat tanpa membaca Ummu Quran maka solatnya gugur.” Beliau mengatakan tiga kali tidak akan sempurna. Abu Hurairah ditanya: “Bagaimana apabila kami solat bersama dengan imam?”. Abu Hurairah menjawab: “Bacalah al-Fatihah untuk dirimu sendiri. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda‘Allah Subhanahuwata’ala telah berfirman: solat itu dibahagi kepada dua, setengah untuk-Ku dan setengah lagi untuk hamba-Ku. Untuk hamba-Ku adalah apa yang diminta. Apabila hamba-Ku membaca (ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ), hamba-Ku telah memuji-Ku. Apabila hambaku membaca (ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ), hamba-Ku telah menyanjung-Ku. Apabila hambaKu membaca (مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ), hamba-Ku telah mengagungkan-Ku dan telah memasrahkan dirinya kepada-Ku. Apabila hamba-Ku membaca (إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ), ini adalah dua bahagian antara Aku dan hamba-Ku, maka bagi hamba-Ku adalah apa yang dia minta. Apabila hambaKu membaca (ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ), (صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ), ini adalah bahagian bagi hamba-Ku maka baginya adalah apa yang ia minta. (Hadits riwayat Muslim)

Kandungan umum surah ini:

  1. Keimanan: beriman kepada Rab Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2 (ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ Segala puji bagi Allah, Rab semesta alam). Di sini dinyatakan dengan tegas bahawa segala puji dan syukur hanya ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala sebagai Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat di alam ini.Antara nikmat itu ialah nikmat penciptaan, pendidikan dan penjagaan. Perkataan “Rabb” dalam kalimat “Rabbul ‘aalamin” meliputi erti pendidikan (tarbiah) dan pemeliharaan. Ini bermakna Allah Subhanahuwata’ala sentiasa mencipta, mendidik dan memelihara makhluk-Nya.Segala nikmat yang didapati oleh seorang hamba dalam dirinya sendiri dan dalam alam semesta, semuanya bersumberkan Allah Subhanahuwata’ala. Maka, Allah-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan pemeliharaan Allah-lah yang berlaku di seluruh alam ini.Keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan perkara paling asas. Keimanan dalam hati mesti dibuktikan dengan pengabdian hamba-Nya kepada-Nya semata-mata. Juga mesti dibuktikan dengan kebergantungan hamba-Nya kepada-Nya semata-mata. Ini ditegaskan dalam ayat 5 (إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.)Maksud ayat 4 (مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ , Yang menguasai hari pembalasan) ialah pada hari akhirat Allah-lah satu-satunya Yang Berkuasa. Segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya, mengharapkan nikmat-Nya dan takutkan siksa-Nya. Allah-lah Yang memberi pahala terhadap amalan baik dan memberi ancaman terhadap perbuatan buruk.
  2. Hukum-hakam: Hukum-hakam dan segala peraturan Islam adalah jalan yang lurus. Inilah yang dimaksud daripada ayat (ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ , tunjukanlah kami jalan yang lurus). Ia adalah jalan kebahagiaaan dan jalan yang wajib dilalui oleh manusia untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud “hidayah” di sini ialah hidayah yang menjadi sebab untuk mendapatkan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, samada yang berkaitan dengan keyakinan, akhlak atau peraturan.
  3. Kisah-kisah: Yakni kisah para nabi, orang beriman dan orang terdahulu yang menentang Allah Subhanahuwata’ala.Sebahagian besar daripada ayat-ayat al-Quran memuatkan kisah para nabi dan kisah orang terdahulu yang menentang Allah Subhanahuwata’ala. Yang dimaksudkan dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat (صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ , jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka) ialah para nabi, para siddiqin (orang yang bersungguh-sungguh beriman), para syuhada (orang yang mati syahid) dan para salihin (orang yang soleh).Manakala golongan yang dimurkai ialah seperti kaum Yahudi dan golongan yang sesat ialah seperti kaum Nasrani, adalah sepertimana yang dimaksudkan dalam ayat (غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ , bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat).

Pengajaran lanjut:

  1. Surah ini bermula dengan بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ . Maka, memulakan sesuatu dalam hidup ini dengan menyebut nama Allah Subhanahuwata’ala merupakan adab yang diwahyukan. Ini selaras dengan wahyu pertama: ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ , bacalah dengan (menyebut) nama Rabmu Yang Menciptakan.
  2. ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ , Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta. Perasaan memuji Allah Subhanahuwata’ala adalah perasaan yang memenuhi hati mukmin apabila mengingati-Nya.
  3. Ayat-ayat awal, khususnya ayat 1 hingga 4:ِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasanadalah berkaitan langsung dengan permasalahan aqidah. Aqidah adalah asas bagi din Islam dan asas bagi kehidupan manusia. Kehidupan manusia tidak akan stabil di atas manhaj (sistem) Allah Subhanahuwata’ala tanpa wujudnya aqidah yang kuat dalam hati dan pemikiran manusia.
  4. Tidak ada ibadah kecuali ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata dan tidak ada isti’anah (memohon pertolongan) kecuali kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Inilah tuntutan daripada ayat: إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
  5. ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.Hanya Allah Subhanahuwata’ala satu-satunya Zat yang boleh memberi hidayah (petunjuk atau jalan) kepada hamba-Nya. Hanya Allah Subhanahuwata’ala pihak yang berhak diminta hidayah. Hanya hidayah yang benar daripada Allah Subhanahuwata’ala merupakan jaminan daripada-Nya untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Yakni hidayah sepertimana orang yang telah menerima nikmat memperolehinya, iaitu para nabi, para siddiqin (orang yang bersungguh-sungguh beriman), para syuhada (orang yang mati syahid) dan para salihin (orang yang soleh). Bukan jalan orang yang melakukan kezaliman atau orang yang berada dalam kesesatan.

Memahami “Law of Attraction” dalam Pandangan Islam ?

Hukum Daya Tarikan Dalam Al-Qur’an

1.   Aspek Alam Semulajadi

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.” – Al-Qur’an; Surah Al-Jatsiyah (45), ayat 5.

Dalam ayat ini, Al-Qur’an menjelaskan tentang fenomena saintifik seperti pertukaran malam dan siang, keadaan sebelum dan sesudah turunnya hujan dari langit, tumbuhan yang mati hidup kembali akibat turunnya hujan, dan tentang putaran angin.

Semua ini menunjukkan adanya putaran kehidupan dan daya tarikan atau percantuman antara peristiwa lainnya di alam ini. Setiap peristiwa di alam ini selalu saling mempengaruhi. Kibasan sayap rerama di Hutan Amazon mampu mempengaruhi taufan di Jepun atau juga dikenali dengan istilah ‘butterfly effect.’ Setiap kejadian ada sebab musababnya. Inilah yang wajib kita yakini sepertimana kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir ‘alaihumassalam dalam Surah Al-Kahfi.

2.   Aspek Ekonomi

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” – Al-Qur’an; Surah Al-Baqarah (2), ayat 261.

Dalam ayat ini, Allah SWT menjanjikan balasan 700 kali ganda untuk sesiapa yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Ini menjelaskan Hukum Daya Tarikan yang berlaku apabila kita memberikan sesuatu dengan ikhlas membuatkan ianya kembali kepada diri kita sendiri dalam nilai gandaan.

3.   Aspek Cinta

Jika anda membaca Surah Yusuf, adakah Zulaikha berjaya mendapatkan cintanya iaitu Nabi Yusuf as dengan cara godaan? Tidak sama sekali, bahkan akibat daripada godaannya, Zulaikha terpaksa men-counter cacian perempuan-perempuan di bandar Mesir dengan meletakkan kesalahan kepada kesempurnaan paras rupa Yusuf, manakala Yusuf pula dihumbankan ke dalam penjara oleh Al-Aziz. Bagaimana pula akhirnya Zulaikha berjaya mendapatkan Yusuf? Iaitulah setelah dia bertaubat ke jalan Allah SWT selepas mengakui penganiayaan yang dilakukannya kepada Yusuf as dan berpindah membawa seribu satu penyesalan ke suatu tempat yang jauh.

Yang tersirat daripada kisah ini, Al-Qur’an mengajarkan The Law of Attraction dalam mendapatkan pasangan hidup. Lelaki yang baik dan perempuan yang baik akan tertarik oleh satu daya tarikan yang berlaku antara keduanya. Dan begitulah sebaliknya. “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…”

– Al-Qur’an; Surah An-Nur (24), ayat 26.

Kesimpulan

“Barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia berbuat kebaikan, maka dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.” – Al’Qur’an; Surah Luqman (31), ayat 22. Al-Qur’an adalah tali yang mampu menampung seluruh pemikiran anda. Untuk mengikat diri anda dengan Al-Qur’an, anda perlulah menyerahkan pemikiran kepada Allah SWT.

Oleh yang demikian, mohonlah kepada Allah dengan Al-Qur’an. Dekatkan diri dengan Allah dan mencintai Al-Qur’an.” – Ali Abi Talib.

The Power Of Doa

Penghulu segala hari. Pernah tengok tak talk show ‘Next to Neelofa’? Rancangan ilmiah dan kerohanian yang dianjurkan oleh Neelofa ni memang bagus untuk tontonan kita semua. Dalam Next to Neelofa full episode Prof Muhaya, banyak pengisian yang boleh diambil. 

Dalam Next to Neelofa bersama Prof Muhaya full video tu, Neelofa juga telah kongsikan beberapa amalan doa yang biasa dia amalkan. Apa yang telah dikongsikan oleh Neelofa ni telah menjadi viral di media sosial. 

Amalan yang elok, baguslah dikongsikan untuk sama-sama dapat manfaatnya. 

The power of doa neelofa kongsikan tu sedikit sebanyak mengajak orang lain untuk jadi lebih baik juga. The power of doa mampu mengubah kita untuk jadi manusia yang lebih. Doa adalah senjata umat Islam memohon kepada Allah SWT.

The Power Of Doa : Perkongsian Neelofa Bersama Prof Muhaya
kredit : yattlukis

Prof Muhaya : Doa itu satu ibadah, tanda kehambaan. Bila kita berdoa kita mesti jadi pengemis. Ada beza berdoa dan baca doa. Berdoa dengan jiwa, air mata, jangkaan, sangkaan dan gambaran dan yakin Allah akan makbulkan doa kita.

Neelofa : Doa untuk memudahkan urusan

The Power Of Doa : Perkongsian Neelofa Bersama Prof Muhaya-Doa Memudahkan urusan
Kredit : yattlukis

Doa Memohon Kemudahan

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”

Adab berdoa kena ikut turutan :

1. Mengagungkan Allah (selawat, zikir, puji² Allah)

2. Mengaku kesalahan ( mengaku dosa kita, mohon ampun dengan Allah)
3. Baru minta doa

Prof Muhaya : Jaga kata² dalam berdoa, focus pada benda baik. Bila hati kita bersih, automatik fikiran kita positif, bila fikiran positif kata² yang keluar dari mulut kita akan positif. Bila kita indah di hati, mulut kita juga akan mengeluarkan kata-kata yang indah.

Neelofa : Sebelum Subuh amalkan Sayyidul Istighfar. Dalam menjadi orang yang lebih baik, kita kena faham agama.

Doa untuk faham agama :

Bagi aku faham agama ya Allah, bagi aku ada minat untuk faham ilmu agama, bagi aku ikhlas hati, berserah diri kepadaMu.

Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) beserta rumi
Kredit : yattlukis

Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) beserta rumi

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Dalam rumi: Allahumma anta robbi Laailahailla anta Holaqtani Wa ana abduka Wa ana ala ahdika wawa’dika mastato’, A’uzubikan min syarrima Sona’, Abu ulaka bini’matika alayya, Wa abu u bizambi faghfirli, Fainnahu la yagfiru zunuba illa anta.

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]

Prof Muhaya : Dunia ini memenatkan, akhirat kalau kita gali makin best. Dunia ini topeng yang kita akan tinggalkan tetapi akhirat our real goal.

Neelofa : Kenapa even kita bangun tahajjud setiap hari, even kita berdoa sambil mengeluarkan air mata pun Allah tak makbulkan doa kita? Kena check balik 2 perkara :

1. Pakaian kita (aurat kita)
2. Pemakanan kita ( halal atau haram atau syubhah)

Jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT. Semoga ada masa untuk kita perbaiki hidup kita menjadi manusia yang lebih baik dan menyiapkan bekalan di akhirat nanti. 

Jangan pernah putus asa jika doa kita tak dimakbulkan. Yakin Allah akan akan makbulkan doa kita. Cuma cepat atau lambat, Allah akan berikan pada masa yang tepat.

Jika kita nak jadi orang yang baik, kita perlu ubah diri kita sendiri. Bukan semata-mata mengharapkan orang lain berdoa untuk kita berubah. Pokok pangkalnya hati kita, kita yang kena ubah untuk diri sendiri.

Bila mendengar majlis ilmu macamni, automatik akan buat kita menginsafi diri dan perbaiki diri. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Semoga istiqomah.

Power Of Istighfar

Bila disebut Istighfar, apa yang kita akan fikirkan? Adakah ia hanya sebagai zikir bagi memohon keampunan daripada Allah SWT saja? Atau diungkapkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.

Tidak, sebenarnya banyak manfaat istighfar kepada umat Islam yang mengamalkannya.

Menurut ulama-ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini.

Jelas Ibnu Kathir, barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan memudahkan rezekinya; memudahkan urusannya dan menjaga kekuatan jiwa.

Selain itu, Ibnu Qayyim pula memberitahu, “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”

Justeru itu, janganlah kita tertinggal dengan mengamalkan istighfar ini. Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar seperti apa yang dibuat tidak kena saja. Kereta rosaklah, anak sakit, blackout, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan bermacam-macam lagi.

Ketika itu, emosi pasti terganggu namun ingatlah Allah sentiada ada bersama kita. Allah mengajar kita dengan beristighfar. Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Ingatlah, Allah tak akan uji kita melebihi kemampuan. Justeru itu, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan.

Nabi Muhammad SAW yang diketahui terpelihara daripada dosa atau maksum pun tidak pernah meninggalkan istighfar ini, apatah lagi kita ini selalu lupa dan lalai ini.

Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]

Begitulah power of istighfar. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa beristighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Aamiiin.

Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum, wa atubu ilaih, bermaksud, “Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dan At-Tirmidzi dari Bilal bin Yasar bin Zaid)

The Power of Sedekah

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung.”

(HR Bukhari dan Muslim)

——-

Antara sebab kenapa kita perlu berniaga ialah kerana dengan berniaga, dengan keuntungan yang kita dapat, dengan kekayaan masa yang kita ada, kita dapat buat lebih pilihan. Pilihan untuk berbelanja termasuk untuk bersedekah, berzakat, berwaqaf dan sebagainya.

Kami ingin kongsikan 9 Power of Sedekah untuk manfaat bersama. Sama-sama kita kongsikan ilmu bermanfaat ini untuk kebaikan bersama di hari Jumaat yang mulia ini, insyaAllah.

9 Power of Sedekah

1) UBAT SEGALA PENYAKIT

Sedekah merupakan ubat segala penyakit. Jika anda ada penyakit, tidak kiralah berbahaya atau biasa-biasa sahaja, bersedekahlah. Insya Allah, ada penawarnya.

Selain itu, sedekah boleh mengubat penyakit hati seperti dengki, sombong, kedekut, riak, dan bongkak dengan harta yang dimiliki.

2) MENAMBAH KEAKRABAN MANUSIA

Secara tidak langsung, sedekah dapat menjalin dan mengeratkan silaturrahim antara kita.

Ini kerana, kita dapat membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim, insan yang memerlukan seperti untuk pembedahan, rawatan penyakit dan sebagainya.

Dengan bantuan anda, mereka akan rasa lebih bersyukur dan berterima kasih.

3) MENAMBAH HARTA

Seperti kita sedia tahu, sedekah akan menambahkan harta kita, BUKAN makin berkurang. Jadikan bersedekah sebagai amalan hidup anda, tidak kiralah banyak atau sedikit asalkan anda mampu.

Allah tidak memandang pada nilai yang banyak atau sedikit, tapi keikhlasan hati anda.

4) MENANAMKAN PERASAAN BELAS KASIHAN 

Apa perasaan anda bila lihat seorang ibu meriba anaknya yang kecil meminta sedekah di tepi jalan?

Tentu sedih dan bersyukur kerana kita tidak dibesarkan dalam keadaan sebegitu. Itulah yang Allah cuba lihatkan pada kita, rasa bersyukur dan belas kasihan.

Hulurkan apa yang anda mampu untuk mereka, tidak kiralah wang ringgit atau makanan. Mungkin anda terfikir, betul ke mereka ni miskin, mungkin ada ejen yang letak mereka kat sini.

Jangan! Cuba ikhlaskan hati, itu urusan dia dan Allah. Kita jaga urusan kita.

5) HARTA LEBIH BERKAT

Pernah tak anda rasa, dengan gaji yang sedikit tetapi anda mampu hidup untuk sebulan dan ada lebihan lagi dari gaji anda?

Dengan untung yang mungkin kecil tapi anda boleh gunakannya untuk banyak perkara. Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.

Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

6) MEMANJANGKAN UMUR

Dari Amru bin Auf R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”(Hadis Riwayat Bukhari)
——
Dari hadis berikut, dapat kita simpulkan dengan bersedekah Allah akan memanjangkan umur seseorang, jauhkan dari mati dalam keadaan mengaibkan dan menghapuskan sifat sombong, takbur dan riak.

7) MEMUDAHKAN URUSAN HIDUP

Bersedekah mampu menolak dan menjauhkan diri kita dari bala. Jika kita tiada harta, doalah semoga kehidupan mereka akan jadi lebih baik kerana doa juga merupakan sedekah.Dengan bersedekah yang ikhlas, Insya Allah akan dilindungi dan dirahmati hidup kita sepanjang hari. Melalui sedekah juga, kita telah menunaikan peranan seorang hamba iaitu dengan memudahkan urusan orang lain, maka Allah membalasnya dengan memudahkan urusan kita.

8) MENGHAPUSKAN SIFAT SOMBONG

Sudah menjadi lumrah apabila harta kita sudah banyak dan makin kaya, akan datang satu ujian perasaan iaitu perasaan riak atau sombong. Perlu diingat, harta kita bukan milik kita tetapi pinjaman dari Allah semata. Dengan bersedekah, Allah akan menghapuskan sifat-sifat mazmumah (tidak elok) dalam diri kita.

9) MENAMBAH RASA SYUKUR 

Apabila kita bersedekah, akan timbul perasaan syukur dan nikmat dalam diri dengan rezeki yang diperolehi.

Jika kita tidak bersyukur, kita akan rasa rezeki tidak cukup walaupun dengan gaji yang besar. Sekiranya kita bersyukur dengan rezeki yang ada, hidup akan lebih bahagia dan aman. Untuk menambahkan rasa syukur, kita harus lihat pada orang yang lebih susah dari kita seperti peminta sedekah dan fakir miskin.

Agama tentukan kebahagiaan keluarga

PERNAHKAH kita bertanya tujuan hidup di dunia ini atau hanya sekadar menjalani hidup tanpa pernah memikirkan makna daripada penciptaan diri kita? Mengetahui makna kehidupan membantu kita menjalani hidup lebih baik, mengenal pasti tujuan hidup supaya lebih terarah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila ia menyeru kamu kepada perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna.” (Surah al-Anfal , ayat 24)

Jika diteliti makna di sebalik penurunan ayat ini, ia memberikan suatu konsep mengenai erti hayat atau hidup yang sebenar dalam Islam. Rasulullah SAW selaku utusan Allah SWT menyeru orang beriman supaya menyambut seruan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Seruan yang mengajak mereka menjalani erti hidup yang sebenar. Hidup manusia sangat bererti memandangkan kemuncak hidup yang sejati ialah dengan makrifat Allah (mengenal Allah SWT).

Mengenal bahawa sifat ubudiyyah seorang Muslim mestilah dipersembahkan hanya kepada Allah SWT.

Menghuraikan tajuk Di Mana Kita Bertolak dalam rancangan Pesona D’Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, berkata agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.

Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Malah, agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang, sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dari segi pertuturan, perilaku atau gaya hidup.

,B>Agama asas pilih pasangan

Tidak dinafikan, agama Islam mengatur seluruh aspek kehidupan, termasuk urusan jodoh seperti mana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Dikahwinkan seorang perempuan itu kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, kedudukan atau keturunannya dan agamanya. Maka hendaklah memilih perempuan yang beragama, nescaya menguntungkan kamu.”

Agama dan keimanan yang kuat hendaklah diutamakan sebagai dasar pemilihan pasangan hidup. Menurut Muhammad, agama bukan bersandarkan kepada kelulusan semata-mata. Ia sebenarnya menjurus sejauh mana penghayatan dan amalan seseorang terhadap Allah SWT.

Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT.

Suami kena bimbing isteri

Suami perlu membimbing isteri ke jalan yang diredai Allah SWT. Jika isteri lebih bijak, tidak salah berkongsi sesuatu yang baik dengan suami supaya rumah tangga sentiasa mendapat keberkatan.

Islam dibina atas tiga asas utama meliputi soal akidah, syariat dan akhlak. Tiga perkara asas itu menjadi tunjang dalam pembentukan rumah tangga yang harmoni. Sebelum memilih sesuatu jalan, adalah lebih baik untuk diselidiki terlebih dahulu supaya tidak tersesat.

Suami isteri ibarat pakaian bagi pasangannya, yang saling menutupi, melindungi dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, hiasilah pasangan dengan amalan yang baik.

Demi menggapai reda Allah SWT, elak berada dalam situasi keluh kesah kerana bimbang keluh kesah adalah tanda kelemahan iman. Luaskan pelaksanaan dan penghayatan agama kepada seluruh amalan dalam kehidupan.

Moga dengan kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil tetapi berterusan, mudah-mudahan dapat memberikan kebaikan dan membantu kita untuk terus memahami serta mendalami agama Islam.