Usah jadikan pandemik alasan tidak bersukan

Terdapat segelintir dikalangan individu mungkin tidak pernah bersukan atau dikatakan baru ingin menjinakkan diri dengan sukan selalunya malu dan mempunyai persepsi negatif sehinggakan mereka membuat keputusan untuk tidak bersukan. Isu ini boleh ditangani kerana dengan adanya mindset yang tepat dan bersesuaian ianya mampu membantu kita sentiasa kekal bermotivasi.

Selain itu, ketika pandemik ini, digalakkan juga untuk bersenam bersama rakan-rakan secara maya atau menggunakan aplikasi kecergasan kerana dengan cara membandingkan prestasi dengan rakan-rakan ianya membantu meningkatkan motivasi individu secara luaran.

Tentu amalan gaya hidup sihat sebegini dapat memberikan banyak manfaat dalam kehidupan kita dan masyarakat. Disamping menyihatkan tubuh badan, aktiviti seperti ini juga dapat meninggalkan memori berharga dan menjadi motivasi yang sangat berkesan untuk memastikan masyarakat sihat meneruskan kehidupan. Jangan jadikan pandemik ini sebagai alasan untuk kita hidup dalam keadaan lemah tanpa kekalkan tabiat hidup yang sihat. “Sukan untuk Sihat”.

Link: Jump Rope for fun

Tangani Burnout Menerusi Teknik Pomodoro

Ekoran daripada situasi dan persekitaran masa kini yang masih tidak terkawal dalam permasalahan pandemik Covid-19, masyarakat seharusnya memandang serius berkenaan dengan isu burnout terutamanya bagi golongan yang bekerja. Mereka yang terlalu taasub dalam mengejar matlamat tanpa menitikberatkan perihal kesihatan kadangkala tidak sedar bahawa itulah punca yang boleh membawa kepada burnout berlaku.

Link : https://news.utm.my/ms/2021/03/tangani-burnout-menerusi-teknik-pomodoro/

Cabaran baharu nilai, taksir pelajar secara dalam talian

Seantero dunia pendidikan kini semakin mencabar dan kompleks. Sebarang perubahan dan perancangan perlu bersifat mudah ubah. Perubahan yang mendadak ini dilihat seakan mendesak pendidik untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menghadapi normal baharu demi menangani perubahan yang berlaku secara berkesan dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh PKP.

Link berita : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/780767/cabaran-baharu-nilai-taksir-pelajar-secara-dalam-talian

Lahirkan lebih ramai Guru Cemerlang, tingkatkan PdPR

Dalam keadaan sektor pendidikan tempatan yang masih dibelenggu oleh masalah pandemik COVID-19 telah memaksa golongan pendidik untuk membiasakan diri mereka dengan kaedah pengajaran dalam talian ataupun lebih dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) yang menuntut golongan guru ini menjadi kreatif dan inovatif dan cemerlang dalam berkomunikasi, responsif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

Link berita : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/777437/lahirkan-lebih-ramai-guru-cemerlang-tingkatkan-pdpr

-MONDAY BLUES-

Each morning when I open my eyes I say to myself: I, not events, have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be…. I have just one day, today, and I’m going to be happy in it. Have a Great Monday!

SERASI BERSAMA – KENANGAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN – SEM 1 SESI 2019/2020

~KENANGAN~

Terima kasih kepada semua pelajar pada semester kali ini. Banyak kenangan dan ragam dapat dikongsi bersama. Suka duka sepanjang kita bersama untuk semester ini sangat memberikan makna yang mendalam kepada saya. Segala ilmu dan pengalaman yang kita ada telah kita kongsi dan lalui bersama. Percayalah saya sentiasa menunggu kejayaan kamu semua dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak didik saya tidak kira lah dimana kamu semua berada. Saya halalkan semua ilmu dan apa yang saya kongsikan untuk semester ini. Semoga kamu semua berjaya menjawab peperiksaan untuk semua subjek.

#DONE!!!

~KEJAYAAN TIDAK AKAN HADIR JIKA KITA TIDAK MENGEJARNYA~

 

HAPPY NEW YEAR !!!

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UTM.

“Tahun cepat berganti bagaikan daun gugur tertiup angin. Sedih, gembira, susah senang lebur menjadi satu demi menyambut tahun yang baru. Selamat Tahun Baru 2020”

“Sebuah akhir selalu ada awal yang baru. Semoga di tahun baru 2020 ini akan menjadi langkah menuju suksesnya hidup. Selamat tahun baru”

“Tak terasa setahun sudah dilalui saatnya meningkatkan amalan yang baik di tahun yang baru ini. Selamat tahun baru 2020”

“Membungkus setitik harapan, menjadikannya sepucuk doa di penghujung waktu. Terbangkan di samudera dan langit tertinggi dengan penuh harap kan menjadi pelangi yang indah. Semoga selalu diberikan kebahagian bagi semua. Selamat tahun baru”

“Masa lalu merupakan kenangan terindah, masa kini adalah yang nyata adanya sedangkan masa yang akan datang adalah suatu pengharapan setiap insan. Semoga dapat terwujud segala impian. Selamat tahun baru 2020”

“Tiada kata seindah syair, tiada mutiara secantik bidadari di surga. Berjuta manusia menantikan detik-detik mendebarkan. Hanya satu yang mampu terucap Selamat tahun baru”

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM

Selamat maju jaya kepada semua pelajar. Semoga anda semua dapat menjawab peepriksaan untuk semester ini dengan tenang dan sabar. KEEP CALM !!!

 

WELCOME SEMESTER 20192020-01

Hai semua..Selamat kembali saya ucapkan kepada semua pelajar bagi semester 20192020-01. Selamat datang juga kepada pelajar baru. Semoga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Wish you all the best…!!!

~AdjahNaqkiah~