# SELAMAT HARI GURU…

Pendidik adalah individu yang paling penting untuk menyinari kehidupan setiap pelajar. Pendidik mampu untuk melahirkan pembina bangsa yang bercita-cita tinggi dan berwawasan serta mampu menyumbangkan hasil kepada masyarakat. Justeru itu, kita seharusnya sentiasa menghormati guru-guru serta pendidik semua supaya mendapat keberkataan dan keredhaan ilmu yang diperolehi. Semoga Hari Guru pada tahun ni dapat menyerikan lagi kehidupan para pendidik semua dan marilah kita bersama-sama meneruskan perjuangan untuk melahirkan modal insan yang berguna dimasa akan datang.

 

“Selamat Hari Guru”

~AdjahNaqkiah~