Makluman : Lanjutan Tarikh Penyertaan Pertandingan Video Pendek KKP FM3S.

Assalammualaikum.wrt.wbt & Salam Sejahtera,

YBrs. Prof/ Prof.Madya/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari,
Perlanjutan Tarikh Penyertaan Pertandingan Video Pendek KKP FM3S

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pejabat  OSHE UTM telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan bagi pertandingan video pendek KKP seperti ketetapan berikut :

Tarikh Tutup Penyertaan (Baharu)31 Mei 2021
HariIsnin
Masa11.59pm

Lanjutan tarikh penyertaan ini adalah selaras dengan penangguhan Fiesta Maya 3S fasa ke-2 yang akan berlangsung pada bulan Julai 2021.
Kepada peserta yang telah menghantar penyertaan, anda boleh menghantar semula penyertaan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada hasil karya ciptaan anda. Jika tidak, OSHE@UTMKL akan menerima video asal yang di telah dihantar sehingga ke tarikh tutup penyertaan yang baharu.

Sehubungan dengan itu, penyertaan daripada semua warga UTM (staf & pelajar) amatlah dialu-alukan. Sila layari http://kl.utm.my/oshe/pertandingan/ bagi pendaftaran penyertaan & maklumat lanjut pertandingan.
Jangan lepaskan peluang ini. Penyertaan adalah percuma dan hadiah lumayan menanti anda!
Sekian, terima kasih.
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
Saya yang menjalankan amanah,

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)Universiti Teknologi MalaysiaJalan Sultan Yahya Petra54100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2615 4927/4667Emel: oshe.kl@utm.myLaman Web:http://kl.utm.my/oshe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *