Judul: Selangkah Ke Arah Kelestarian Global Keusahawanan Negeri Johor Penulis: Kamariah Ismail & Salina Muhammad ISBN: 9789835217388 Harga : 50.00
Sinopsis:Buku ini membincangkan tentang hala tuju keusahawanan global bagi mengekalkan kelestarian Industri Kecil Sederhana (IKS) di negeri Johor di samping memberi nafas baharu dalam membangunkan perusahaan yang berpotensi tinggi seperti hasil pertanian, penternakan dan perikanan. Model pendekatan dimensi yang digunakan adalah model triple helix melalui inisiatif Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) atau kini dikenali sebagai Johor Innovation Valley (JIVe). Buku yang mengandungi 10 bab ini mengupas isu-isu dan cabaran untuk mengekalkan kelestarian keusahawanan IKS sebagai hab sekuriti makanan, keperluan latihan yang komprehensif, dan juga pengenalan teknologi dan teknik terbaharu untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan. Selain itu, buku ini juga menggarap peluang dan kaedah bagi memperkasa jaringan revolusi industri halal selain memberi pendedahan mengenai penggunaan platform digital sebagai kaedah jual beli, penjenamaan dan pemasaran produk halal paling efektif di peringkat global. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan buat semua golongan usahawan IKS yang ingin mengetahui cara mengubah kaedah perusahaan konvesional kepada penggunaan inovasi baharu yang lebih cekap dan berteknologi tinggi untuk produk dan perkhidmatan mereka, berpaksikan libatsama kepakaran Universiti, sokongan kerajaan negeri, dan juga penglibatan industri dalam pemerkasaan ekonomi masyarakat itu sendiri.Dapatkan salinan anda di:
PROMOSI PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN “UTM” SEMPENA TAHUN BAHARU 2021
Terlebih dahulu UNIT ENDOWMEN UTM mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 202. PROMOSI TAHUN BAHARU 2021 Diskaun yang menarik sebanyak 30 Peratus hingga 55 peratus tertakluk kepada terma dan syarat. Bayaran perhidmatan dikenakan sebanyak RM10 setiap nombor pendataran yang dibeli bermula 1 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI untuk memiliki nombor pendaftaran kenderaan khas “UTM” dengan tawaran istimewa dalam sebelum tempoh promosi berakhir. Sila layari https://bida.utm.my/User/Pembida/Default.aspx APA NO. PLATE YANG MASIH ADA: Taip nombor sahaja (1238)Klick https://bida.utm.my/User/Pembida/SemakNombor.aspx Penjualan Nombor Pendaftaran Khas “UTM” dalam PROMOSI TAHUN BAHARU 2021 ini adalah secara WALK-IN (WhatsApps/Emel) & tidak melalui bidaan.
CARA MEMBELI SECARA WALK-IN TANPA HADIR KE KAUNTER
Hantar maklumat melalui whatsApp: 019-7270158 / 012-7721037
1. Salinan Kad Pengenalan depan & belakang ATAU SSM / Sijil Pendaftaran Syarikat
2. Alamat emel
3. No. Staf / Kad Matrik Pelajar/ Kad Pesara/ Kad Alumni (Salinanan iIazah / Diploma UTM)
4. Slip bayaran EFT bank / ATM (Tambah RM10 untuk bayaran perkhidmatan setiap no. plate yang dibeli)
Bayaran atas nama (payable to): Universiti Teknologi Malaysia
Ref. no Plate UTMXXXX Secara Tunai – Datang ke Unit Endowmen, Bahagian PemajuanJabatan Timbalan Naib canselor (Pembangunan)Aras 4 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Johor Bahru POTONGAN GAJI STAF UTM – 6 bulan Muat turun borang, silaklikBorang Potongan Gaji No Plate UTM Terima kasih atas kesudian membeli nombor pendaftaran kenderaan khas “UTM” sambil menderma bagi membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan. Urusetia Unit Endowmen, Bahagian PemajuanJabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)Aras 4 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Johor BahruTel. +607-5531043/42endowmen@utm.my
YBrs. Prof/ Prof.Madya/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari, Perlanjutan Tarikh Penyertaan Pertandingan Video Pendek KKP FM3S
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pejabat OSHE UTM telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan bagi pertandingan video pendek KKP seperti ketetapan berikut :
Tarikh Tutup Penyertaan (Baharu)
31 Mei 2021
Hari
Isnin
Masa
11.59pm
Lanjutan tarikh penyertaan ini adalah selaras dengan penangguhan Fiesta Maya 3S fasa ke-2 yang akan berlangsung pada bulan Julai 2021. Kepada peserta yang telah menghantar penyertaan, anda boleh menghantar semula penyertaan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada hasil karya ciptaan anda. Jika tidak, OSHE@UTMKL akan menerima video asal yang di telah dihantar sehingga ke tarikh tutup penyertaan yang baharu.
Sehubungan dengan itu, penyertaan daripada semua warga UTM (staf & pelajar) amatlah dialu-alukan. Sila layari http://kl.utm.my/oshe/pertandingan/ bagi pendaftaran penyertaan & maklumat lanjut pertandingan. Jangan lepaskan peluang ini. Penyertaan adalah percuma dan hadiah lumayan menanti anda! Sekian, terima kasih. “Berkhidmat untuk Negara kerana Allah” Saya yang menjalankan amanah,
UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)Universiti Teknologi MalaysiaJalan Sultan Yahya Petra54100 Kuala Lumpur Telefon: 03-2615 4927/4667Emel: oshe.kl@utm.myLaman Web:http://kl.utm.my/oshe