Kursus Laman Web People@UTM

Rasa nak melompat bila ditawarkan kursus ni. Ye lah, sekarang UTM dah keluarkan Garis Panduan MyCPD Baharu yang mana kali ni staf perlu hadir kursus ikut kompetensi teras, generik, fungsian, digital dan sebagainya.

Macam kursus hari ni, ianya jatuh di bawah kategori kompetensi digital. Jadi, haruslah aku hadir memandangkan untuk tahun ni, staf UTM perlu ada 3 mata CPD di bawah kompetensi ini.

Penceramah kursus ni adalah Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria. Pertama kali aku hadir kursus, staf akademik sebagai penceramah, which is good la selain, kita boleh ada engagement dengan staf akademik UTM secara tak langsung.

Kursus ini berjalan selama empat jam. Bagi aku tak cukup sebab aku ni ‘newbie‘ dalam bidang ni. Aku harap untuk next, bila kursus ni ditawarkan, boleh la jadikan 1-2 hari.

Terima kasih CTLD sebab bagi peluang untuk aku hadir kursus ni.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KINI ADALAH PENYEDIA LATIHAN BERDAFTAR HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT CORPORATION (HRD CORP)

Untuk makluman semua staf, Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar, UTM Johor Bahru kini, adalah PENYEDIA LATIHAN BERDAFTAR HRD Corp.

Sehubungan itu, sekiranya  berminat untuk mendaftarkan kursus/ seminar/ bengkel dan lain-lain (tertakluk kepada terma dan syarat) di bawah Skim HRD Corp Claimable Courses, boleh mengemukakan permohonan kepada pihak kami dua (2) bulan sebelum program secara emel ke nurazlin@utm.my/ aisah@utm.my. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lampiran dokumen seperti butiran di bawah:-

i. Profil Jurulatih (CV) bertauliah  (kepilkan sijil TTT daripada HRD Corp)

ii. Jadual/ Pengisian Program

iii. Kos Program

iv. Poster Program

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nurazlin binti Masir ditalian 07-5530312/ 013-7184397 atau Puan Aisah binti Salleh ditalian 07-5537755/ 012-7890517 atau layari laman sesawang https://registrar.utm.my/ctld/