Kursus Laman Web People@UTM

Spread the love

Rasa nak melompat bila ditawarkan kursus ni. Ye lah, sekarang UTM dah keluarkan Garis Panduan MyCPD Baharu yang mana kali ni staf perlu hadir kursus ikut kompetensi teras, generik, fungsian, digital dan sebagainya.

Macam kursus hari ni, ianya jatuh di bawah kategori kompetensi digital. Jadi, haruslah aku hadir memandangkan untuk tahun ni, staf UTM perlu ada 3 mata CPD di bawah kompetensi ini.

Penceramah kursus ni adalah Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria. Pertama kali aku hadir kursus, staf akademik sebagai penceramah, which is good la selain, kita boleh ada engagement dengan staf akademik UTM secara tak langsung.

Kursus ini berjalan selama empat jam. Bagi aku tak cukup sebab aku ni ‘newbie‘ dalam bidang ni. Aku harap untuk next, bila kursus ni ditawarkan, boleh la jadikan 1-2 hari.

Terima kasih CTLD sebab bagi peluang untuk aku hadir kursus ni.