
Untuk makluman semua staf, Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar, UTM Johor Bahru kini, adalah PENYEDIA LATIHAN BERDAFTAR HRD Corp.
Sehubungan itu, sekiranya berminat untuk mendaftarkan kursus/ seminar/ bengkel dan lain-lain (tertakluk kepada terma dan syarat) di bawah Skim HRD Corp Claimable Courses, boleh mengemukakan permohonan kepada pihak kami dua (2) bulan sebelum program secara emel ke nurazlin@utm.my/ aisah@utm.my. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lampiran dokumen seperti butiran di bawah:-
i. Profil Jurulatih (CV) bertauliah (kepilkan sijil TTT daripada HRD Corp)
ii. Jadual/ Pengisian Program
iii. Kos Program
iv. Poster Program
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nurazlin binti Masir ditalian 07-5530312/ 013-7184397 atau Puan Aisah binti Salleh ditalian 07-5537755/ 012-7890517 atau layari laman sesawang https://registrar.utm.my/ctld/