Oh! Covid 19: Saranan Pakat Bertaubat dan Genjatan Politik
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ (112)
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
?️Sehubungan dengan itu wabak yang menimpa kita adalah azab Allah ke atas kita semua disebabkan oleh dosa-dosa kita atau sebahagian daripada kita.
?️Azab Allah tidak akan terangkat selagi Allah murkakan kita.
?️ Tiada cara untuk mengangkat kemurkaan Allah kecuali bertaubat dan beristighfar kepada-Nya
?️Faedah istighfar adalah menghalang azab Allah kerana firmanNya:
وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون .
dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).
?️Faedah istighfar juga boleh hilangkan masalah, menjadi punca rezeki dan jalan keluar daripada kesempitan.
( فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا . يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا . وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا ) نوح/10-12.
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
?️Sehubungan dengan itu, tiada pilihan lain untuk kita menghilangkan azab Allah ke atas kita ini melainkan memulakannya dengan taubat dan istighfar.
?️Selepas bertaubat laksanakan segala perintah dan tinggalkan segala larangan.
?️Perbanyakkan melakukan amalan-amalan sunat kerana dengan cara itu kita akan disukai Allah.
?️Genjatan senjata dlm politik juga mesti dimulakan, semua pihak berhenti menyalahkan pihak lain, tinggalkan segala kekhilafan politik, fokus apa yg disepakati iaitu menyelesaikan isu pandemik ini.
?️Bila Allah dah mula sukakan kita, mintalah apa pun pasti Allah akan perkenankan.
abu atiq d8bbb 30 mei 2021
Recent Comments