PROGRAM ‘LAN BERAMBEH: RANDAU TANAH UTM LAND SABEI’
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk dijadikan sebagai satu platform perkongsian tentang polisi tanah dan prosidur pentadbiran tanah di Sarawak kepada masyarakat luar bandar khususnya masyarakt di Daerah Simunjan; memberi pendedahan kepada pelajar tentang keberkesanan atau kekurangan dalam pelaksanaan polisi kerajaan tentang pentadbiran tanah di Sarawak kepada masyarakt khususmy masyarakt di Daerah Simunjan; mendapatkan pengalaman serta pengetahuan khususnya tentang masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pemilik tanah mahupun penuntut tanah NCR khususnya masyarakat di Daerah Simunjan.
PROGRAM 3L BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG CHOKRO, SIMPANG RENGGAM
Dalam arus kemajuan globalisasi yang pesat, keterlibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan menjadi platform penting dalam merapatkan jurang antara generasi, khususnya dalam membentuk hubungan yang kukuh antara golongan muda dan masyarakat setempat. Menyedari hakikat ini, Program 3L: “Lestari, Legaliti, Luhur” yang dilaksanakan bersama komuniti Kampung Chokro, Simpang Renggam, tampil sebagai inisiatif bersepadu yang bukan sahaja memupuk semangat kebersamaan, tetapi turut mengangkat nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan komuniti.
Program ini dirangka dengan memberi fokus kepada tiga elemen utama yang saling melengkapi iaitu kelestarian alam, legaliti hak milik tanah, dan keluhuran nilai kemanusiaan yang menjadi asas pembentukan komuniti yang mampan dan harmoni. Aspek kelestarian diterjemahkan secara praktikal melalui aktiviti memasak yang menekankan amalan hijau seperti pengumpulan minyak masak terpakai untuk dikitar semula, serta menggunakan semua bahan masakan dan juga barangan harian dengan cermat. Pendekatan ini bukan sahaja mendidik peserta tentang pengurusan sisa yang bertanggungjawab, malah menyemai budaya penggunaan sumber secara berhemah dan mesra alam. Peringatan untuk penggunaan elektrik dan air secara berpada-pada dan tidak membazir turut dizahirkan dengan melekatkan pelekat untuk mengingatkan semua agar tidak membazir.
Dalam masa yang sama, program ini turut mengadakan sesi bual bicara santai yang mengetengahkan isu-isu berkaitan pentadbiran dan legaliti tanah. Sesi ini memberi pencerahan kepada penduduk mengenai kepentingan pemilikan tanah yang sah dari sudut undang-undang, sekali gus meningkatkan tahap literasi perundangan dalam kalangan komuniti luar bandar. Pendekatan bersahaja tetapi berinformasi ini membolehkan peserta memahami hak mereka dan cara terbaik untuk melindungi aset tanah demi kelansungan masa depan generasi akan datang.
Secara keseluruhannya, Program 3L telah berjaya merangkumi tiga elementary terasnya dengan pendekatan yang menyeluruh dan berimpak tinggi. Ia bukan sekadar program kebajikan, tetapi merupakan satu inisiatif pemerkasaan komuniti yang membawa mesej mendalam tentang kepedulian sosial, pemuliharaan alam serta pengjhargaan terhadap nilai dan hak setiap individual.
BUAL BICARA: TORT DALAM KONFLIK STRATA
Forum ini dapat melaksanakan program tort dalam konflik strata bersama agensi berkaitan dan komuniti setempat. Ia juga dapat membantu komuniti setempat mengetahui setiap hak dan tanggungjawab mereka ke atas kediaman strata yang mereka miliki. Sehubungan dengan itu, program ini dapat memberi peluang kepada pelajar dan para akademik UTM untuk berkongsi ilmu tort dalam konflik strata yang telah mereka pelajari di universiti.
3K BERSAMA KTF DAN SI CILIK
Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November 2024, JKM KTF akan menganjurkan program 3K Bersama KTF & Si Cilik yang berteraskan aktiviti dalam bangunan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kesihatan dan keselamatan mereka sebelum meningkat usia remaja. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kanak-kanak mengenai amalan kelestarian dengan mengadakan aktiviti kreatif seperti menanam pokok.
PROGRAM CAKNA ILMU TANAH BERSAMA PELAJAR UTM DAN KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI MELAYU
Program Sembang Santai Tanah Bersama Pelajar UTM & Komuniti Kampung Sungai Melayu adalah suatu program perkongsian ilmu bersama komuniti yang akan berlangsung selama 2 hari 1 malam (12-13 Januari 2024). Program ini bermula dengan perkongsian ilmu berkenaan dengan pemilikan tanah bersama keluarga angkat dan seterusnya dimeriahkan dengan aktiviti bersama penduduk kampung antaranya pertandingan futsal dan bola jaring. Aktiviti menaiki bot di Kampung Sungai Melayu ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan praktikal kepada konsep hak riparian yang telah dipelajari di dalam kelas. Aktiviti ini dirancang untuk memenuhi aspirasi pendidikan yang menuntut para pelajar untuk mengalami pengalaman di luar kawasan Universiti.
PROGRAM JELAJAH PENYELIDIKAN LAD:’CAKNA ILMU TANAH’
Program ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan berkaitan pentadbiran dan pembangunan tanah. Para peserta akan diberi pendedahan berkenaan kepentingan ilmu tanah dalam kehidupan mereka
Pelajar dan ahli akademik UTM lebih menguasai ilmu tanah yang telah telah diterapkan sepanjang kuliah berlangsung dengan memindahkan ilmu tersebut kepada masyarakat. Selain itu, mereka juga dapat menerapkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan warga global yang telah mereka kuasai untuk melaksanakan program pembelajaran servis ini.
Perlaksanaan program ini dapat meningkatkan jaringan rakan strategik dalam kalangan industri dan agensi melalui proses pemindahan pengetahuan. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan nama Universiti Teknologi Malaysia dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung UTM dapat menjadi role- model khususnya kepada institusi pengajian tinggi dalam usaha memajukan pendidikan di Malaysia






