Persatuan Kejuruteraan Jentera (PETERA), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (SKM), Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Innovation Design Exhibition (IDeX’19) pada 12 Januari 2020 lalu melibatkan pelajar tahun akhir seramai 260 orang pelajar yang mengambil kursus Rekabentuk Sistem pada Semester 1 Sesi 2019/2020.

Pelajar tersebut dibahagikan dalam 60 kumpulan untuk mempertandingkan hasil rekabentuk yang bertemakan “Sustainable Energy and Materials Handling”.

IDeX’19 merupakan program tahunan yang dijalankan bagi pelajar tahun akhir Sekolah Kejuruteraan Mekanikal yang mengambil kursus Rekabentuk Sistem dan diadakan bertujuan untuk membangunkan teknik reka bentuk yang cekap dan berkesan serta kemahiran berorientasikan projek dari pertimbangan teknikal dan bukan teknikal.

Selain itu, ia juga diadakan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan komunikasi mereka.

Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengenal pasti dan menggunakan metodologi yang sesuai dalam melaksanakan tugas reka bentuk, mengiktiraf prinsip-prinsip asas reka bentuk dan amalan mekanikal, dan merumuskan dan menggunakan strategi pemecahan masalah umum dalam analisis situasi, masalah dan masalah yang berpotensi.

PETERA merupakan persatuan pelajar di SKM yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai program Kejuruteraan Mekanikal.

Rekabentuk Sistem merupakan kursus yang memberi fokus kepada memperluaskan pendedahan topikal terperinci kepada kaedah reka bentuk dan prinsip khusus untuk amalan reka bentuk mekanikal.

Berita Penuh Sila klik pautan di bawah:

PETERA, UTM anjurkan IDeX’19 Bangunkan Teknik Reka Bentuk yang Cekap