Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. Walau bagaimanapun, pandemik Covid19 yang melanda dunia menyebabkan perayaan tidak dirayakan dikampung . Perintah Kawalan Pergerakan membataskan perayaan ini kerana tidak dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri bagi kepulangan ke kampung. Ini bagi mengekang penyebaran Virus Covid19.Perayaan Hari Raya Aidilfltiri tahun ini jatuh pada tanggal 12 Mei 2021.